6 Asas Forex Korang Sebagai Trader Perlu Tahu
BY Chris Andreou
|August 23, 2022Forex… forex… forex… Bila korang mula berminat nak berkecimpung dalam dunia ini, asas forex itu memang kena ada. Perkara ini terpaling penting apabila kita nak bercakap pasal pelaburan. Tak kisahlah jenis pelaburan apa pun yang korang minat untuk melibatkan diri, kena asah dan tambah ilmu pengetahuan korang terlebih dahulu. Admin ingatkan, jangan main semberono saja membuat keputusan dalam sesuatu perkara.
Sebolehnya, sebelum korang menyertai memana dunia pelaburan misalnya forex, kena ambik tahu segala benda yang berkaitan. Walaupun korang dah sa-sah takkan menjadi pakar dalam jangka masa yang singkat, sekurang-kurangnya korang akan ada pengetahuan pada tahap yang minimum. Dari situ, korang bolehlah cuba untuk sentiasa meningkatkan pengetahuan dan kepakaran korang dalam forex dari semasa ke semasa.
Nasib baik, ini bukan perkara yang patut korang risau sangat sebagai trader forex baru. Ini kerana korang tengah baca artikel inilah. Ini bermakna korang sebagai trader forex berusaha untuk membaca dan menambah ilmu pengetahuan yang korang sedia ada dengan benda yang tidak diketahui lagi.
Salah satu cara korang boleh buat untuk tambah pengetahuan forex sedia ada adalah dengan membaca website TIOmarkets inilah. Ada terdapat banyak artikel yang korang boleh baca untuk korang jadi lebih pakar dalam segala benda berkaitan forex. Bukan itu saja, korang siap boleh mengambil peluang untuk membuat transaksi forex dengan lebih mudah, pantas dan semangat – semua ada di platform yang sama.
Kalau nak tambah lagi senang hidup, korang boleh baca artikel ini untuk ambik tahu dengan lebih lanjut tentang pengenalan kepada forex trading. Jangan lupa juga untuk muat turun dan buka akaun VIP Black TIOmarkets.
Asas forex #1: Apa korang patut tahu pasal forex?
Perkara paling asas forex korang patut tahu adalah istilah forex ini sebenarnya berasal dari perkataan forex exchange atau Bahasa Melayu dia, pertukaran antarabangsa. Dia juga dikenali sebagai fx exchange. Kiranya, FX itu macam singkatan perkataan untuk forex lah.
Kalau korang nak tahu, forex exchange ini adalah suatu pertukaran antarabangsa. Ia adalah dimana korang membuat keputuasan untuk melaksanakan transaksi dengan membeli matawang negara lain dari menjualnya dengan matawang negara lain. Contoh senang dia adalah korang beli nilai matawang itu dalam matawang Amerika Syarikat, USD dan jualnya pula dalam matawang Jepun, JPY.
Tambahan lagi, jenis pasangan nilai matawang forex ini ada pelbagai jenis. Dia cuma dibahagikan dengan jenis pasangan matawang major dan jenis pasangan matawang minor. Kalau nak senang ingat, segala transaksi yang melibatkan matawang USD adalah dikira sebagai pasangan nilai matawang major, Kalau tiada, itu bermaksud pasangan nilai matawang itu adalah jenis minor.
Antara pasangan matawang major adalah; *EUR/USD, GBP/USD, USD/JPY, AUD/USD, NZD/USD, USD/CHF.
Antara contoh pasangan matawang minor adalah: EUR/JPY, EUR/CHF, GBP/JPY, EUR/GBP dan lain-lain.
*NOTA: EUR (Euro), GBP (Pound sterling), JPY (Japanese yen), AUD (Australian dollar), NZD (New Zealand dollar) & CHF (Swiss Franc)
Asas forex #2: Apa tujuan terlibat dalam dunia forex?
Tidak lain tidak bukan adalah tujuan pemula trader forex adalah untuk mendapatkan keuntungan. Kalau ikutkan, tiada sesiapa dalam dunia ini yang terlibat dalam sebarang jenis pelaburan tidak memikirkan keuntungan. Lagi tepat adalah para-para trader ini memang mengimpikan keuntungan dan kejayaan dalam transaksi forex diorang itu.
Yang membezakannya adalah dapat ke tidak para trader ini jadikan impian mereka itu menjadi kenyataan. Ya lah, kalau korang perasan, bukan semua trader forex akan berjaya mendapat keuntungan yang diorang hendak sangat itu. Ada segelintir sampai ke sudah tidak mendapat walau sedikit pun keuntungan – nasib teruk sangat. Ada juga silap hari bulan boleh capai status muflis lagi.
Seboleh-bolehnya, ini terpulang pada berapa banyak modal yang korang ada. Tidak boleh dinafikan yang kalau korang ada banyak modal, peluang korang untuk mendapat keuntungan berkali-kali ganda pun banyak. Mana tidaknya, modal bulanan yang dimasukkan banyak. Sah-sah lah keuntungan pun lebih senang berada pada tahap memuaskan.
Akan tetapi, ini tidak bermakna kalau trader modal kecil itu tak boleh berjaya. Korang jangan risau, boleh saja berjaya. Forex ini memang sesuai untuk semua orang tidak kisah golongan berada ataupun marhaen. Yang penting, korang buat trading forex dengan berhati-hati dan mengikut tahap ketahanan risiko masing-masing. Jangan buat keputusan macam modal korang besar pulak.
Kalau nak tahu cara trade forex dengan modal kecil, belajarlah cara-cara ini. Baca artikel ini, jangan tak baca!
Asas forex #3: Perkara yang mempengaruhi pasaran forex
Kalau korang masih kurang faham, pasaran forex ini memang mudah untuk dipengaruhi. Dia boleh berubah dengan sekelip mata. Ada masa nilai dia menaik tinggi dan ada masa juga nilai dia jatuh merudum. Ini sebab masih ramai orang yang rasa waswas atau ragu untuk mula menceburi dunia forex – mereka takut dengan tahap ketidakstabilan yang ada. Memang pasaran forex ini lebih stabil dari jenis pelaburan lain, ia masih mudah dipengaruhi.
Ada banyak perkara yang boleh mempengaruhi pasaran forex ini. Sebagai trader forex, korang perlulah memahami segala perkara atau faktor yang boleh menyebabkan perkara ini berlaku. Sekurang-kurangnya, korang akan jadi lebih peka dengan keadaan sekeliling dan dapat mengelakkan dari mendapat kerugian yang teruk.
Antara faktor-faktor yang boleh mempengaruhi forex korang patut tahu adalah…
1. Bank Negara Malaysia (BNM)
BNM ataupun bank pusat negara kita adalah merupakan badan berkanun. Kalau nak tahu, BNM mula beroperasi dalam negara kita pada 26 Januari 1959. Badan berkanun ini juga tertakluk kepada Akta Bank Negara Malaysia 2009.
Selain itu, BNM ini ada peranan dia yang tersendiri. Peranan mereka paling utama adalah untuk menggalakkan kestabilan monetari dan kewangan bagi menyediakan persekitaran yang kondusif. Dari situ, dapatlah ekonomi negara Malaysia ini dapat bertumbuh dan berkembang dalam keadaan pesat dan maju.
Dasar monetari BNM juga adalah untuk kekalkan kestabilan harga dan terus menyokong pertumbuhan. Badan berkanun ini juga bertanggungjawab terhadap kestabilan sistem kewangan. Oleh itu, amat penting untuk para trader peka dengan setiap perubahan dasar monetari dan faedah BNM.
Sebagai contoh, BNM perlu campur tangan kalau nilai matawang menaik atau menurun secara mendadak atau tidak dapat dikawal. Kalau tidak, ia boleh menjejaskan ekonomi negara.
2. Berita-berita semasa
Macam admin cakap tadi, kebanyakan nilai pasangan matawang forex melibatkan USD. Dan perkara korang kena tahu pasal matawang USD ini adalah mereka lagi senang berubah dalam sekelip masa. Lebih-lebih lagi kalau ada berita tergempar, keadaan ekonommi, perubahan polisi, pemimpin negara dan macam-macam lagi.
Sebagai contohnya, kita ambik matawang negara kita, RM. Seperti korang sedia maklum, perbezaan matawang RM dengan USD memang besar. Trend perbezaan nilai matawang RM ini pun menurun secara konsisten kalau dibandingkan dengan USD. Sebaliknya akan berlaku kalau nilai RM menaik secara konsisten.
Oleh itu, sebaiknya korang kena lebih peka dengan perkara-perkara boleh mempengaruhi pasaran forex. Nak senang, korang boleh baca laman web TIOmarkets ini untuk lebih mengetahui berita-bertia semasa.
3. Sentimen pasaran forex
Kalau korang peka dengan berita-berita semasa, korang mesti akan perasan juga keadaan sentimen pasaran forex. Kalau nilai matawang forex tengah menaik, dah sah-sah bermaksud sentimen pasaran forex dalam keadaan bagus. Kalau nilai dia dalam keadaan menurun pula, berkemungkinan besar sentimen pasaran dalam keadaan kurang baik.
Secara tidak langsung, ia juga memainkan peranan penting dalam mendorong harga dan nilai pasaran matawang. Kalau trader percaya yang matawang itu akan pergi ke arah tertentu, para trader juga akan buat trading forex dengan sewajarnya. Lagi satu, kalau sorang trader forex membuat sesuatu keputusan, para trader lain juga akan buat sedemikian.
Baca artikel ini untuk tahu korang boleh jadi jenis trader forex macam mana.
Asas forex #4: Cara korang boleh kira keuntungan dari trading forex
Macam biasalah, semua trader yang menceburi dunia ini memang bertujuan untuk mendapat keuntungan bila membuat transaksi trading forex. Kalau korang tak dapat keuntungan yang banyak pun, sebaiknya juga korang dapat keuntungan yang kecik tapi pada kadar minimum yang konsisten.
Tapi, apa gunanya berusaha sebaik pulih untuk dapatkan keuntungan tetapi tidak tahu cara mengira? Ini admin tunjukkan dan ajar cara korang untuk mengira keuntungan forex.
Kalau nak tahu, ada saja formula ringkas dan senang untuk korang faham dan gunakan. Formulanya adalah seperti berikut:
1 pip dalam bentuk angka perpuluhan bahagi kadar tukaran bagi matawang sebutharga kepada Dollar AS = nilai per pip.
Sebagai contoh, korang membuat keputusan jual beli pasangan matawang forex pada nilai 1.4500 dan berniat untuk menjualnya pada nilai 1.5500. Jadi, nilai pip di sini adalah 0.1. Kalau korang ikut formula atas ini, jadi korang akan kiranya sebegini:
0.0001 / 1.5500 = 0.0000064516 USD (nilai ini sudah dibundarkan).
Kiranya, korang akan dapat nilai USD ini untuk setiap pip yang korang dapat. Inilah cara senang untuk korang kira berapa banyak anggaran keuntungan. Dia tak semestinya tepat, dan nilai USD ini boleh jadi bertukar setiap hari. Jadi, korang kena banyak kali kira untuk tahu nilai baru pada ketika itu.
Selain itu, ada juga para trader yang mengira keuntungan menggunakan lot. Kalau korang gunakan lot, dia ada beberapa saiz yang berbeza. Kalau nak tahu, lot ini adalah pesanan dalam satu jumlah yang tertentu. Dia tidak lebih dari satu unit pukal untuk sesuatu jenis matawang ini.
Kalau korang nak tahu satu lot itu boleh bersamaan dengan 100,000 unit matawang asas ataupun matawang akaun. Lot ini pun ada pelbagai jenis, antaranya adalah lot standard, lot mini dan lot mikro – masing-masing membawa nilai lot yang berlainan.
Saiz lotUnitJumlahStandard100,0001Mini10,0000.1Mikro1,0000.01
Semuanya mudah sahaja. Lot tidak lebih dari sekadar unit pukal bagi matawang. Untuk mengetahui saiz lot, anda harus memahami bahawa satu lot standard bersamaan dengan 100,000 unit matawang asas atau matawang akaun. Korang boleh dan digalakkan baca artikel ini untuk tahu dengan lebih mendalam.
Asas forex #5: Apa korang perlu untuk mula trading forex
Walaupun setiap transaksi forex itu ada masanya susah dibuat, waktu mula-mula itu memang senang. Sekarang kan kebanyakan semua perkara sudah boleh dibuat melalui atas talian, perkara ini jugalah berlaku untuk dunia forex. Semua perkara yang korang perlukan adalah benda-benda yang mudah dijumpai – tak susah langsung lah.
Memang tak dapat nafikan yang zaman ini, korang hanya perlukan akses di hujung jari saja. Tengoklah sekeliling, berapa ramai yang tewas dalam membuat transaksi forex. Walaupun korang bernasib baik dan selalu berjaya, kemungkinan untuk korang gagal masih ada dalam keadaan nipis. Jangan sembarangan saja.
Benda pertama yang korang perlukan adalah komputer ataupun tablet ataupun telefon bimibit. Kalau zaman dulu-dulu, korang kena ke kaunter untuk membuat transaksi forex. Sekarang tak perlu lagi dah – kalau ada line internet yang laju, masalah korang boleh terus selesai. Bukan itu saja, korang boleh pilih hendak gunakan peralatan yang mana- ikut kesesuaian diri masing-masing.
Selain itu, korang juga perlukan modal yang secukupnya. Seperti yang sudah sedia maklum, modal kecil ke besar belakang kira. Yang penting, korang ada modal untuk digunakan. Sebaik-baiknya, janganlah guna wang dari tabung atau simpanan korang – benda-benda itu simpanlah sampai korang cukup duit untuk beli barang yang diingini (bolehlah pusing modal korang balik!).
Oleh sebab yang demikian, amat penting untuk korang sentiasa mengasah dengam ilmu-ilmu dan teknik forex yang korang boleh amalkan dalam kehidupan seharian. Kiranya, korang akan lebih senang faham setiap terma, perkataan dan istilah yang digunakan. Lagi bagus kalau korang dapat membiasakan diri. Gunakan perkataan-perkataan sebanyak mana yang boleh.
Macam mana? Semakin berminat ke menceburi dunia trading forex ini. Kalau nak tahu kelebihan aktiviti-aktiviti ini, korang boleh baca artikel ini.
Dan, tunggu apa lagi? Langkahlah korang ke tempat baru – trade forex dengan TIOmarkets!
Asas forex #6: Korang boleh cuba trading forex dengan TIOmarkets…
Jangan risau, admin memang yakin para-para traders sekalian akan kekal yakin dan semangat dengan segala sokongan dan bantuan asas forex yang telah diberikan. Biasalah itu, korang perlu sentiasa praktis apa yang dipelajari dan tengok sesuai ke tidak dengan keadaan korang.
Memanglah platform TIOmarkets ini pintu masuk korang untuk ke pasaran forex dunia. Bukan saja pintu masuk, ia juga merupakan akses yang paling mudah. Korang hanya perlu kemaskini maklumat kepada yang baru kalau perlu. Admin siap akan rekomen lagi kepada kawan-kawan yang berminat dalam dunia forex.
Korang jangan lemah semangat. Banyak kebaikan yang akan korang dapat kalau trading forex dengan platform ini. Silap-silap haribulan, korang boleh dapat (1) akses lancar ke pasaran global melalui platform dagangan online yang selamat, (2) keadaan dagangan yang kompetitif dan kelajuan pelaksanaan pesanan yang sangat pantas dan (3) perlindungan dari leverage dan baki negatif yang boleh disesuaikan.
Berikut merupakan langkah-langkah korang boleh ikut untuk buka akaun trading forex:
- Daftar di tiomarkets.com.
- Isikan semua maklumat yang diperlukan dan klik “Daftar”.
- Buka e-mel korang dan cari emel daripada TIOmarkets dengan subjek “Verify your email”.
- Sahkan akaun korang dengan klik pautan yang diberikan untuk pengesahan. Selepas itu, korang akan masuk ke portal ahli / pelanggan baru.
- Korang juga akan terima emel dengann subjek “Your client portal is ready” yang mengandungi ID Wallet untuk korang log masuk ke portal pelanggan.
Muat turun dan daftar akaun TIOmarkets korang sekarang. Jangan membuang masa ya!
Penafian risiko: Contract for Differences (CFD) adalah instrumen yang kompleks dan mempunyai risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat disebabkan oleh leverage. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda mampu untuk mengambil risiko tinggi kehilangan wang anda. Jangan sekali-kali mendepositkan lebih daripada yang anda bersedia untuk rugi. Kerugian klien profesional boleh melebihi deposit mereka. Sila lihat polisi amaran risiko kami dan dapatkan nasihat profesional bebas jika anda tidak memahami sepenuhnya. Maklumat ini tidak diarahkan atau bertujuan untuk diedarkan kepada atau digunakan oleh penduduk negara/bidang kuasa tertentu termasuk, tetapi tidak terhad kepada, Amerika Syarikat & OFAC. Syarikat mempunyai hak untuk mengubah senarai negara yang disebutkan di atas mengikut budi bicaranya sendiri.
Join us on social media
Experienced independent trader
Related Posts
[missing - availabilityText]
[missing - whatsAppTitle]
[missing - liveChatTitle]
undefined