logo
Education

Cara Untuk Membaca Carta Batang Lilin (Candlestick)

BY Chris Andreou

|January 13, 2022

Mengetahui cara untuk membaca carta batang lilin atau candlestick adalah antara kemahiran penting yang perlu anda pelajari dalam dagangan.

Salah satunya ialah carta batang lilin bagi harga semasa dan terdahulu. Ini adalah antara alat tunggal yang paling penting dalam kekuatan seseorang pedagang. Tanpa maklumat ini, dagangan mungkin menjadi lebih sukar.

Carta ini ibarat tetingkap yang membolehkan anda melihat perkara yang berlaku dalam pasaran.

Lebih cekap anda membaca carta harga, lebih baik untuk anda menjangka dan meramal peralihan harga yang akan datang.

Kali ini, anda akan mempelajari;

  • cara untuk membaca carta batang lilin (candlestick)
  • Pembentukan batang lilin lazim dan maksudnya
  • Ketahui cara untuk menggunakan carta batang lilin dalam dagangan.

Diharapkan, selepas membaca artikel ini, anda akan dapat memahami perkara yang berlaku di pasaran dengan lebih baik.

Tanpa berlengah lagi, mari kita mulakan.

Cara untuk membaca carta batang lilin (candlestick)

Paksi menegak pada carta mewakili harga atau kadar tukaran antara dua mata wang.

Paksi mendatar mewakili perkara yang dilakukan oleh harga itu sepanjang tempoh masa.

Peralihan harga mata wang dipecahkan kepada selang masa dan setiap selang mempunyai empat titik data.

Titik data ini adalah;

  • Harga pembukaan
  • Harga penutup
  • Harga tinggi
  • Dan harga rendah

Selang masa biasanya bermula antara tempoh 1 minit hingga tempoh bulanan. Hal ini bermakna anda boleh melihat carta harga dengan data harga yang dipecahkan kepada selang masa satu minit, selang masa 5 minit dan selang masa satu jam dan selanjutnya, sehinggalah selang bulanan.

Setiap selang masa mempunyai harga pembukaan, harga penutup, harga tertinggi dan harga terendah bagi selang berkenaan.

Contohnya, jika anda melihat carta J1, setiap selang masa mewakili nilai tindakan harga bagi satu jam. Harga pembukaan ditandakan pada permulaan setiap jam dan bagi setiap jam yang lain selagi pasaran dibuka.

Harga penutup sering beralih sepanjang tempoh sehingga akhir jam tersebut, apabila ia menjadi kekal. Apabila tindakan harga didedahkan bagi sesuatu selang masa, batang lilin akan terbentuk dalam masa nyata.

Kemudian, apabila selang masa itu berakhir, batang lilin berkenaan menjadi kekal pada masanya untuk merangkumi serta merekod empat titik data yang disebut di atas. Selang masa baharu akan bermula pada jam berikutnya.

Jika anda melihat carta 15M, setiap selang masa akan mewakili nilai tindakan harga selama 15 minit. Harga pembukaan akan ditanda pada permulaan jam berkenaan, 15 minit kemudian, 30 minit kemudian dan 45 minit kemudian.

Contohnya, jika anda melihat carta J1, setiap selang masa mewakili nilai tindakan harga bagi satu jam. Harga pembukaan ditandakan pada permulaan setiap jam dan bagi setiap jam yang lain selagi pasaran dibuka.

Harga penutup sering beralih sepanjang tempoh sehingga akhir jam tersebut, apabila ia menjadi kekal. Apabila tindakan harga didedahkan bagi sesuatu selang masa, batang lilin akan terbentuk dalam masa nyata.

Kemudian, apabila selang masa itu berakhir, batang lilin berkenaan menjadi kekal pada masanya untuk merangkumi serta merekod empat titik data yang disebut di atas. Selang masa baharu akan bermula pada jam berikutnya.

Jika anda melihat carta 15M, setiap selang masa akan mewakili nilai tindakan harga selama 15 minit. Harga pembukaan akan ditanda pada permulaan jam berkenaan, 15 minit kemudian, 30 minit kemudian dan 45 minit kemudian.

Carta batang lilin mempunyai berbilang rangka masa

Akan terdapat 4 selang masa atau batang lilin 15 minit bagi setiap batang lilin satu jam.

Begitu juga, 4 selang masa atau batang lilin satu jam akan membentuk 4 selang masa atau batang lilin.

Dan selang masa atau batang lilin 6 jam akan membentuk satu batang lilin setiap jam

Pada dasarnya, batang lilin akan bercampur dan hal ini akan membolehkan anda untuk melihat pasaran dari perspektif berbeza atau dengan lebih atau kurang perincian.

Mengubah carta daripada rangka masa lebih tinggi kepada yang lebih rendah membolehkan anda untuk melihat perkara yang telah berlaku dalam batang lilin berkenaan.

Saya akan bercakap lebih lanjut mengenainya sebentar lagi.

Apabila harga penutup adalah lebih tinggi daripada harga pembukaan, lilin ini biasanya terbentuk dalam satu warna. Dalam hal ini, ia terbentuk dalam warna biru dan ini dikenali sebagai batang lilin kelembuan.

Apabila harga penutup adalah lebih rendah daripada harga pembukaan, lilin ini biasanya terbentuk dalam warna yang berlainan. Dalam hal ini, ia terbentuk dalam warna hitam dan ini dikenali sebagai batang lilin keberuangan.

Batang lilin kelembuan mewakili kenaikan harga dan batang lilin keberuangan mewakili penurunan harga.

Inilah caranya carta harga ditanda dan saya rasa anda boleh memahaminya.

Mari teruskan.

Anatomi carta batang lilin

Setiap batang lilin mempunyai badan dan biasanya sumbu di atas dan di bahagian bawahnya.

Bahagian badan pada carta batang lilin ini terbentuk oleh harga buka dan tutup. Inilah kawasan harga yang berbentuk empat segi tepat dan berisi.

Batang lilin kelembuan dan keberuangan menandakan trend harga menaik dan menurun bagi selang masa berkenaan atau sepanjang siri selang masa tertentu.

Jika batang lilin tidak mempunyai sumbu di bahagian atas atau bawahnya, ini bermakna harga pembukaan atau penutup turut merupakan harga tertinggi dan terendah bagi selang masa tersebut.

Jika batang lilin tidak mempunyai badan, maka ia boleh dianggap sebagai batang lilin yang tidak menentu. Cara dan lokasi kemunculan sumbu pada carta ini boleh memberikan petunjuk buat anda. Ia boleh mencadangkan suatu jeda dalam trend atau potensi pembalikan trend berkenaan.

Pembentukan carta batang lilin boleh berlaku dalam pelbagai bentuk dan lokasi atau cara kemunculannya pada carta boleh membawa maksud yang berbeza.

Kita akan meneliti perkara ini sebentar lagi.

Rumusan di sini adalah usaha untuk membaca carta batang lilin ibarat usaha untuk belajar bahasa asing.

Melihat pada satu batang lilin ibarat membaca satu perkataan asing. Membaca satu siri batang lilin ibarat membaca satu ayat.

Apabila anda boleh menggabungkan ayat yang mencukupi untuk membentuk perenggan dan babak, anda akan dapat memahami kisahnya.

Sebahagian daripada usaha untuk melakukannya melibatkan pengetahuan tentang cara mencampurkan berbilang batang lilin bersama.

Mencampurkan batang lilin

Mencampurkan batang lilin melibatkan penggunaan harga terbuka, tinggi, rendah dan penutup bagi beberapa batang lilin untuk membentuk satu lilin.

Kaedah inilah yang membolehkan anda melihat data harga forex dengan butiran yang lebih besar atau lebih kecil untuk sesuatu rangka masa.

Namun, ia juga membolehkan anda melihat isyarat tersembungi dalam pasaran yang mungkin berlaku sepanjang siri batang lilin, bukan pada mana-mana rangka masa tertentu.

Mari kita mulakan dengan contoh asas, mengenai cara rangka masa berbeza diwujudkan pada carta.

Batang lilin ini mewakili nilai tindakan harga selama satu hari. Kita boleh lihat bahawa ia adalah lilin kelembuan dan mempunyai badan dengan sumbu pada bahagian atas dan bawahnya.

Walau bagaimanapun, batang lilin ini mengabaikan butiran tentang cara ia terbentuk sepanjang tempoh satu hari berkenaan.

Pada carta batang lilin 4J, anda boleh melihat perbezaannya.

Terdapat 6 x batang lilin 4 jam dalam satu hari dagangan.

Jika kita mengambil harga pembukaan bagi selang 4 jam pertama, harga terendah yang dicapai daripada mana-mana 6 batang lilin 4 jam tersebut, harga tertinggi yang dicapai daripada mana-mana 6 batang lilin 4 jam itu serta harga tertingginya. Maklumat ini boleh digabungkan untuk membentuk satu batang lilin harian ini.

Batang lilin harian ini sahaja sudah dapat memberitahu kita bahawa pembeli mempunyai kawalan pada hari tersebut.

Walau bagaimanapun, 6 batang lilin 4 jam itu memberitahu kita bahawa penjual cuba menarik harga kembali separuh jalan menerusi hari tersebut, kemudian terbeban akibatnya menuju titik penutup. Pembeli berakhir dengan kukuh.

Dapat dilihat juga bahawa tiada sebarang batang lilin di sini yang mencadangkan bahawa pembeli mula menjadi lemah. Walau bagaimanapun, analisis lanjut boleh dilakukan pada rangka masa yang lebih rendah untuk menentukan sama ada pembeli cenderung untuk mempunyai kawalan dalam jangka pendek.

Dua rangka masa yang lebih tinggi ini mencadangkan bahawa keadaan cenderung untuk terus bersifat kelembuan.

Saya harap anda dapat memahaminya, mari kita teruskan. Saya ingin menggariskan beberapa corak batang lilin lazim dan menjelaskan maksudnya.

Corak-corak batang lilin lazim dijelaskan

Untuk lebih cekap dalam membaca carta batang lilin, anda perlu memahami maksud setiap pembentukannya.

Pedagang menggunakan corak dan pembentukan batang lilin sebagai isyarat bagi peluang dagangan atau petunjuk kepada tindakan harga yang seterusnya.

Hal ini boleh dilihat dalam bentuk batang lilin tunggal atau gabungan beberapa batang lilin. Namun, tidak seperti penanda dagangan lain, carta ini bukanlah bersifat mutlak dan tidak sepatutnya digunakan secara berasingan. Cara terbaik adalah dengan menggunakan gabungan berbilang penanda apabila membuat keputusan dagangan

Corak batang lilin boleh sama ada dikategorikan sebagai corak penerusan atau pembalikan.

Seperti namanya;

  • Corak penerusan biasanya memberi isyarat penerusan bagi trend harga semasa
  • Manakala corak pembalikan memberi isyarat pembalikan harga bagi trend harga semasa

Walau bagaimanapun, hal ini berkait rapat dengan trend harga keseluruhan dan rangka masa kemunculannya. Rangka masa yang lebih tinggi akan diutamakan berbanding yang lebih rendah.

Saya akan mula dengan beberapa pembentukan kelembuan, kemudian beralih kepada yang keberuangan. Kedua-dua ini hanyalah bersifat bertentangan.

Pembentukan batang lilin kelembuan

Ini adalah tanda kekuatan. Batang lilin ini mempunyai julat harga yang agak luas, badan yang luas dengan harga penutup yang menghampiri harga tertinggi. Ia juga turut menggambarkan bahawa naik turun atau momentum telah berlaku.Pembentukan ini juga boleh dilihat sebagai tanda kekuatan. Ia merupakan batang lilin kelembuan dengan julat harga yang agak luas serta badan kecil yang menghampiri harga tertingginya. Dapat dilihat bahawa penjual cuba memacu harga ke bawah namun pembeli mendahului dagangan. Apabila batang lilin sebegini muncul selepas peralihan ke bawah, ia mungkin merupakan tanda-tanda kepenatan atau berada di bawah buat sementara waktu. Namun, selepas peralihan ke atas, ia juga boleh dilihat sebagai tanda kelemahan.Ini adalah pembentukan yang neutral. Ia merupakan batang lilin kelembuan dengan julat harga yang kecil. Badan batang lilin ini agak luas berbanding julatnya, namun kecil jika dibandingkan dengan batang lilin lain sebelumnya. Pembentukan ini boleh menandakan ketidakstabilan atau momentum harga yang semakin perlahan. Tidak seperti pembentukan lain dengan julat harga luas yang menunjukkan turun naik berlakuPembentukan ini juga boleh dilihat sebagai tanda kelemahan. Ia merupakan batang lilin kelembuan dengan julat harga yang agak luas serta badan kecil yang menghampiri harga terendahnya. Dapat dilihat bahawa pembeli cuba melonjakkan harga ke atas tetapi penjual mendahului dagangan. Apabila batang lilin sebegini muncul selepas peralihan ke atas, ia mungkin merupakan tanda-tanda kepenatan atau berada di atas buat sementara waktu. Namun, selepas peralihan ke bawah, ia juga boleh dilihat sebagai tanda kekuatan.Ini adalah tanda ketidaktentuan. Ia merupakan batang lilin dengan julat harga yang agak luas atau kecil dengan harga pembukaan dan penutup yang menghampiri bahagian tengah-tengah julat berkenaan. Pembentukan ini mencadangkan bahawa pembeli dan penjual adalah setara atau pasaran berada pada ketidaktentuan buat masa ini dalam menentukan harga seterusnya.

Pembentukan batang lilin keberuangan

Ini adalah tanda kelemahan. Batang lilin ini mempunyai julat harga yang agak luas, badan yang luas dengan harga penutup yang menghampiri harga terendah. Ia turut menunjukkan bahawa ketidakstabilan atau momentum berlaku.Pembentukan ini juga boleh dilihat sebagai tanda kekuatan. Ia merupakan batang lilin keberuangan dengan julat harga yang agak luas serta badan kecil yang menghampiri harga tertingginya. Dapat dilihat bahawa penjual cuba memacu harga ke bawah namun pembeli mendahului dagangan. Apabila batang lilin sebegini muncul selepas peralihan ke bawah, ia mungkin merupakan tanda-tanda kepenatan atau berada di bawah buat sementara waktu. Namun, selepas peralihan ke atas, ia juga boleh dilihat sebagai tanda kelemahan.Ini adalah pembentukan yang neutral. Ia merupakan batang lilin keberuangan dengan julat harga yang kecil. Badan batang lilin ini agak luas berbanding julatnya, namun kecil jika dibandingkan dengan batang lilin lain sebelumnya. Pembentukan ini boleh menandakan ketidakstabilan atau momentum harga yang semakin perlahan. Tidak seperti pembentukan lain dengan julat harga luas yang menunjukkan turun naik berlaku.Pembentukan ini juga boleh dilihat sebagai tanda kelemahan. Ia merupakan batang lilin kelembuan dengan julat harga yang agak luas serta badan kecil yang menghampiri harga terendahnya. Dapat dilihat bahawa pembeli cuba melonjakkan harga ke atas tetapi penjual mendahului dagangan. Apabila batang lilin sebegini muncul selepas peralihan ke atas, ia mungkin merupakan tanda-tanda kepenatan atau berada di atas buat sementara waktu. Namun, selepas peralihan ke bawah, ia juga boleh dilihat sebagai tanda kekuatan.Ini adalah tanda ketidaktentuan. Ia merupakan batang lilin dengan julat harga yang agak luas atau kecil dengan harga pembukaan dan penutup yang menghampiri bahagian tengah-tengah julat berkenaan. Pembentukan ini mencadangkan bahawa pembeli dan penjual adalah setara atau pasaran berada pada ketidaktentuan buat masa ini dalam menentukan harga seterusnya.

Setiap batang lilin membawa tafsiran yang tersendiri. Tafsiran tersebut berbeza-beza mengikut jenis batang lilin atau tindakan harga yang mendahuluinya.

Jadi, mari kita perhatikan beberapa corak batang lilin lazim yang mungkin menandakan penerusan dalam trend harga atau pembalikannya.

Corak carta batang lilin

Apabila anda membuka carta, amalan terbaik adalah dengan menggunakan pendekatan atas ke bawah. Maksudnya, pembentukan ini akan menjadi lebih ketara dalam rangka masa yang lebih tinggi.

Saya akan mula dan memberikan anda beberapa corak penerusan, kemudian kita teruskan dengan beberapa corak pembalikan.

Berikut adalah yang pertama.

Corak pertama ini dirujuk sebagai bar dalam.

Lilin yang mendahuluinya adalah lilin kelembuan atau keberuangan yang kukuh dengan julat harga dan badan yang luas. Maklumat ini menandakan bahawa momentum harga telah berlaku. Kemudian, ia diikuti oleh satu atau beberapa bar dengan julat harga dan badan yang kecil, menghampiri harga tinggi bar sebelumnya. Namun, harga tinggi dan rendah ini tidak melebihi paras tinggi bar sebelumnya.

Corak ini juga boleh terbentuk dalam beberapa cara, misalnya dengan mempunyai berbilang batang lilin dalam bar sebelumnya. Namun, kesemua batang lilin tersebut menandakan potensi trend harga semasa untuk terus menjadi lebih tinggi atau lebih rendah.

Anda boleh sahaja membalikkan corak ini untuk versi keberuangan. Seperti ini.

Untuk corak pembalikan, ada antaranya yang dikenali sebagai tahi bintang atau bintang pagi.

Tanda-tanda kelemahan atau kekuatan boleh dilihat selepas peralihan harga ke atas atau ke bawah.

Contohnya, selepas penutupan, pembentukan batang lilin dengan tanda-tanda kelemahan mungkin kelihatan.

Ini boleh menandakan bahawa pembeli mengalami kepenatan atau penjual mula memasuki pasaran dengan lebih kuat.

Versi berbalik ini adalah yang dirujuk sebagai bintang pagi; tanda kekuatan boleh dilihat selepas peralihan harga ke bawah. Pembentukan batang lilin akan muncul selepasnya, yang mencadangkan tanda-tanda kekuatan.

Ini boleh menandakan bahawa penjual mengalami kepenatan atau pembeli mula memasuki pasaran dengan lebih kuat.

Terdapat banyak lagi corak lain dan sebagai bonus, saya akan memberikan anda satu rujukan pantas.

Corak-corak boleh dibalikkan kerana masing-masing boleh ditemui untuk keadaan pasaran kelembuan atau keberuangan.

Rujukan pantas corak carta batang lilin

Membaca carta batang lilin memerlukan pembelajaran dan latihan. Kadangkala carta ini berkesan, dan kadangkala ia tidak. Begitulah dagangan.

Namun, keupayaan untuk membaca carta pasaran dengan lebih baik dapat membantu anda mengenal pasti isyarat dagangan dan menjangka peralihan harga yang akan datang.

Anda akan mempelajari cara membaca carta batang lilin dengan lebih baik melalui pemerhatian, kajian lanjutan dan latihan.

Jika anda tidak mempunyai akses kepada carta batang lilin;

Cipta akaun demo atau langsung anda dan muat turun platform dagangan MT4 atau MT5 untuk mengakses carta ini.

Penafian risiko: C F D ialah instrumen yang kompleks dan disertakan dengan risiko tinggi untuk kerugian wang dengan cepat kerana leveraj. Anda perlu mempertimbangkan sama ada anda memahami cara C F D berfungsi dan sama ada anda mampu untuk mengambil risiko yang tinggi untuk kerugian wang anda. Jangan mendepositkan dana melebihi jumlah yang anda bersedia untuk kerugian. Kerugian pelanggan profesional boleh melebihi deposit mereka. Sila lihat dasar amaran risiko kami dan dapatkan nasihat profesional bebas jika anda tidak memahami dasar itu sepenuhnya. Maklumat ini tidak diarahkan atau ditujukan untuk pengedaran atau penggunaan oleh penduduk di negara/bidang kuasa tertentu, termasuk tetapi tidak terhad kepada USA & OPEC. Syarikat berhak mengubah senarai negara yang tersebut mengikut budi bicaranya.

Join us on social media

image-959fe1934afa64985bb67e820d8fc8930405af25-800x800-png
Chris Andreou

Experienced independent trader

24/7 Live Chat

undefined