Siapa Jutawan Forex Dekat Malaysia Ini?!
BY Chris Andreou
|August 17, 2022Jangan cuba nak tipu admin – admin yakin ada antara korang yang mula menceburi dunia ini sebab hendak menjadi jutawan forex. Siapa saja yang tak nak, kan? Kalau korang perasan, banyak yang memperkenalkan dunia forex ini kepada rakan atau ahli keluarga yang lain pasal hendak menjadi kaya. Perkara ini bukanlah suatu benda yang pelik atau luar biasa.
Kebebasan dalam kewangan atau dalam bahasa Inggerisnya, financial freedom adalah impian semua orang. Maksud kebebasan kewangan adalah mempunyai pelan jangka panjang yang baik untuk kewangan korang. Jadi, kenalah merancang perbelanjaan korang dengan teliti dan membuat keputusan yang bijak. Akan tetapi, kebebasan kewangan untuk setiap sorang adalah berlainan.
Sebagai contoh, untuk Abdul yang lahir dalam keluarga golongan T20, kebebasan kewangan untuk dia adalah dengan mempunyai RM500,000 dalam simpanannya. Lain beza dengan Anzalna yang lahir dalam keluarga B40. Kebebasan kewangan untuk beliau adalah dengan mempunyai wang mencukupi untuk perbelanjaan bulanan dan masih ada baki untuk menyimpan dalam tabung.
Oleh yang demikian, kita boleh lihat semakin ramai yang menceburi dunia forex. Salah satu sebab besar adalah mereka ingin mempunyai sumber pendapatan yang lain dari pendapatan utama mereka. Minat mereka pun bertambah apabila mendengar banyak kisah dan cerita tentang jutawan forex. Rupanya, banyak juga orang kaya forex ini. Bukan setakat orang luar negara, orang dalam Malaysia pun ada!
Sebelum admin bercerita pasal jutawan forex, korang asah dulu pengetahuan mengenai pengelanan forex. Baca artikel ini untuk ambik tahu. Selepas itu, muat turun dan buka akaun VIP Black TIOmarkets.
Sebelum mengenali jutawan Malaysia, mari ketahui 3 jutawan forex dunia terlebih dahulu
Jutawan #1: Edward Arthur Seykota
Korang buat apa waktu berumur 5 tahun? Bayangkan kalau korang mula trading forex pada umur yang sama? Mesti berlipat kali ganda keuntungan dan kekayaan korang dapat. Itulah yang berlaku pada Edward Arthur Seykota.
Lelaki imigran kelahiran Belanda ini berpindah ke Amerika Syarikat ini berurus niaga dengan menjual pingat emas kepada jiran-jirannya. Ini kerana dia berimpian untuk mendapatkan 5 kanta pembesar. Kalau nak tahu, ini adalah permulaan pada dunia perdagangannya.
Semenjak tahun 1970an lagi, Seykota sudah berminat dengan idea mesin pembuat duit mekanikal automatik dan analisis teknikal.
Oleh yang demikian, Seykota telah membina algoritma mekanikal untuk sistem trading supaya ramai boleh menggunakan program tersebut untuk tujuan sama. Keuntungan yang dia dapat memang tidak boleh nak cakap, banyak sangat sampai ada amaun yang masih belum dipecahkan lagi. Memang banyak sangat lah itu!
Kalau korang nak tahu, robot yang beliau bina telah mencatat keuntungan lebih 250,000% dari tahun 1972 sampai 1988. Ini bermaknya yang trader-trader yang menggunakan sistem Seykota dapat US$15 juta hanya dengan buat pelaburan sebanyak US$5000. Algoritma ini dikira amat hebat lebih-lebih lagi untuk sesuatu yang dibina pada berdekad-dekat dahulu.
Jutawan #2: Richard Dennis
Selain itu, jutawan forex lain korang patut kenali adalah kisah lagenda Richard Dennis. Kalau korang tahu kisah Dennis ini, memang akan bakar semangat korang sebagai trader forex. Dia bermula sebagai trader pada umur 23 tahun.
Hanya dalam masa 10 tahun, beliau berjaya mendapatkan keuntungan sebagai US$200 juta dengan modal sebanyak US$1600. Ini boleh berlaku kerana beliau telah memperkenalkan eksperimen Turtles – dia akan melatih sekumpulan trader selama 2 minggu. Selepas eksperimen ini ditutup 5 tahun kemudian, semua trader yang terlibat peroleh keuntungan secara keseluruhan sebanyak US$175 juta.
Rahsia Dennis adalah dia menggunakan teknik mengikuti trend. Apa yang dia akan buat adalah dengan mencari trend. Dia akan letakkan semakin banyak transaksi forex pada arah trend dengan leveraj yang semakin tinggi. Harapannya adalah supaya dia dapat buat sebanyak wang dan keuntungan.
Jutawan #3: Ingeborga Mootz
Trader forex kaya yang berumur 96 tahun – itulah Ingeborga Mootz. Beliau hanya memulakan perjalanan trading dia 15 tahun sebelum itu. Kalau nak tahu, kejadian ini berlaku setelah kematian mendiang suaminya.
Ketika mendiang suaminya masih hidup, Ingeborga kerap meminta kebenaran untuk dia bekerja dan mencari pendapatan sendiri. Malangnnya, perkara ini dihalang oleh mendiang suaminya. Jadi, selepas kematian suaminya, Ingeborga telah mewarisi saham dari syarikat tempat suaminya bekerja sebanyak 1000 saham.
Selepas itu, beliau memutusakan untuk mengambil risiko dengan menggunakan saham tersebut sebagai modal untuk mula trading forex. Nasib baiklah keputusan yang dibuat adalah yang betul. Hanya dalam 8 tahun pertama Ingeborga mula trading, dia sudah memperoleh keuntungan lebih dari EUR500,000.
Tetapi, admin sarankan korang jangan main ikut je jutawan-jutawan ini 100%. Nak tak nak, korang kena cari teknik trading forex yang sesuai dengan diri masing-masing. Jangan main semberono saja tau.
Mari kenali orang kaya forex Malaysia pula…
1. Gero Azrul
Kalau korang pernah dengar nama Gero Azrul, bagus lah itu. Beliau banyak menceritakan dan berkongsi pengalamannya dalam dunia trading forex. Banyak yang dia cerita berkaitan forex.
Tetapi, dia bukanlah terus buat kelas bila awal-awal menceburi dunia forex trading ini. Dia hanya memulakan kerjaya mengajar orang berkaitan forex setelah berjaya mengaut keuntungan pelaburan – siap mencecah ratusan ribu Ringgit Malaysia lagi!
Disebabkan beliau berjaya dalam mendapatkan pulangan sebesar itu, Gero Azrul mula mengadakan kelas untuk mengajar trader-trader lain teknik pelaburan forex yang digunakan. Dengan cara ini, semakin ramailah trader forex yang berminat menceburi dunia ini.
2. Omar Ally
Kalau korang baru saja berkecimpung dalam dunia forex, mesti tak berapa kenal sangat Omar Ally ini. Kalau korang dah lama memasuki, mungkin kenallah kot jutawan forex ini.
Kalau korang nak tahu, Omar Ally adalah trader warga emas yang mempunyai banyak pengalaman pelaburan. Dia memang terkenal sebab menggunakan teknik indikator moving average. Ikut makluman, indikator ini memang susah nak difahami oleh ramai trader. Mana taknnya, banyak sangat perkara yang boleh mempengaruhi indikator ini.
Selain itu, beliau pun sangat suka menggunakan teknik indikator jalur bolinger. Melalui dua-dua teknik ini, Omar Ally berjaya menyediakan satu jenis strategi yang dinamakan BBMA Omar Ally.
3. Moshed Mohamad
Jutawan forex Malaysia yang ketiga ini pula ada banyak pengikut dia. Dikenali sebagai Real Hustler Entrepreneur”, beliau juga merupakan pengasas kepada salah satu website pasaran kewangan di Malaysia.
Kalau korang kenal dan ikut dia, memang masuk akal kenapa dia boleh berjaya dalam penglibatannya dalam dunia forex. Dia memahami apa yang perlu dilakukan sebagai seorang trader untuk berjaya. Dia pun tidak segan untuk berkongsi pelbagai nasihat, tips dan cara untuk berjaya dalam forex trading.
4. Khalid Hamid
Kalau korang pernah dengar pasal Khalid Hamid, mesti tahu yang dia mempunyai banyak pengalaman dalam dunia forex lebih daripada 10 tahun.
Lagi satu pasal Khalid Hamid adalah beliau pernah bekerja di sebuah bank antarabangsa selama 4 tahun. Selepas itu, barulah dia menjadi trader sepenuh masa. Dengan pengalamannya, beliau tidak kedekut memberi bimbingan dan pendapat – dia akan mengajar teknik yang sesuai untuk trader guna dalam strategi pelaburan masing-masing. Salah satu perkara yang dititikberatkan oleh beliau adalah kepentingan support & resistance.
5. Khairul Faiz
Ketika beliau berumur 25 tahun, Khairul Faiz berjumpa dengan kawannya yang muda setahun. Alasannya adalah kerana beliau tertarik dengan gaya hidup kawan itu yang mampu mempunyai kereta Lamborghini pada usia muda. Rupa-rupanya, dia menceburi dunia forex.
Jadi, jutawan forex ini pun mula bertanya cara untuk memasuki dunia ini. Selepas mempelajari segala benda berkaitan forex selama setahun, beliau pun mula membuat transaksinya sendiri. Katanya, kenalah berilmu terlebih dahulu. Kalau tidak, ia boleh dikira sebagai judi kerana tidak tahu apa yang dibuat.
Yang lainnya Khairul Faiz dari jutawan forex yang lain, beliau berani menceritakan kisah kegagalan. Pada bulan pertama, dia bertindak memasukkan RM40,000 sebagai modal forex. Malangnya, beliau telah rugi amaun yang sama selepas sebulan. Tetapi, dia tidak mudah berputus asa dan bertindak untuk bangkit dan mengubah nasib hidup.
Akhirnya, beliau berjaya mendapat keuntungan dalam juta yang pertama pada umur 26 tahun. Menurutnya, kalau nak dapatkan RM1 juta yang pertama, keuntungan setiap bulan yang perlu masuk adalah sebanyak RM120,000. Katanya, target jutawan forex Malaysia terlebih dahulu, barulah dunia.
Di sini, admin nak ingatkan korang nama-nama jutawan forex ini adalah trader yang memperkenalkan diri mereka di khalayak ramai. Cuba tanya, macam mana kalau trader yang menjadi orang kaya forex ini, mesti ada yang tak suka diketahui orang ramai, kan?
Mesti ada beberapa jutawan forex yang ada di kalangan kita ini. Mereka tidak gemar dikenali ramai. Mereka juga bukan jenis yang suka bercakap di khalayak ramai dan berkongsi pengalaman masing-masing. Ini kerana mereka lebih gemar membuat hal sendiri (admin pun tak boleh nak cerita).
Kalau korang dah berjaya dalam dunia forex pun, korang akan ada perjalanan yang tersendiri. Mungkin ada yang akan ke arah mengajar trader lain berkaitan forex, ada yang lebih suka untuk berdiam diri dan buat hal seperti biasa. Ini semua bergantung kepada korang.
Baca artikel ini untuk tahu kelebihan korang menceburi dunia forex.
Jadi, macam mana caranya nak jadi jutawan forex ini?
Tidak kisahlah apa perkara sekalipun, bukan mudah untuk menjadi berjaya. Ini termasuklah dalam trading forex. Korang perlu berusaha keras dan bersungguh-sungguh dalam memastikan setiap transaksi yang dibuat adalah berdasarkan keputusan yang kukuh. Tak naklah korang main semberono saja membuat transaksi. Karang tak pasal-pasal ada dapat kerugian yang tinggi.
Jadi, nak tak nak, korang perlulah menjadi bijak dalam membuat setiap transaksi. Tengok kalau ada faktor-faktor yang boleh mempengaruhi pasaran forex ketika itu. Cari segala trend, petanda dan indikator yang boleh menolong korang membuat satu transaksi forex. Seboleh-bolehnya jangan bertindak membuat sebarang transaksi melainkan korang lebih 50% yakin dengan tindakan korang itu.
Yang paling penting sekali, korang tahu korang jenis trader yang macam mana. Bila membuat sebarang keputusan, seeloknya korang jelas dengan tindakan yang dibuat dan ia selari dengan diri korang. Jangan buat keputusan yang bercanggah – ini kerana kalau korang tak yakin dengan keputusan itu, semakin susah korang nak trading. Ya lah, sebab korang tak konfiden dengan apa yang dibuat.
Antara jenis trader yang korang boleh jadi adalah:
- Scalper
- Intraday
- Swing
- Position
- Fundamental
- Noise
- Sentimen
- Market timer
Kalau nak tahu lebih lanjut, korang digalakkan baca artikel ini.
Kiranya, memang boleh lah jadi jutawan dengan forex ini?
Tak dapat dinafikan yang soalan ini memang hangat ditanyakan oleh trader-trader yang baru. Atau ditanya oleh orang yang berminat untuk menceburi dunia forex. Tetapi, malangnya soalan ini bukanlah jenis yang senang dijawab – ianya bergantung sepenuhnya kepada cara korang beroperasi dan bertindak.
Seperti yang semua sedia maklum, trading forex ini adalah hanya salah satu cara korang untuk menambah pendapatan sedia ada. Ia bukanlah satu skim cepat kaya yang mana korang boleh jadi jutawan dalam sekelip mata. Ia mengambil masa untuk banyak trader – ada yang berkemungkinan tidak akan berjaya (semoga korang jadi trader berjayalah!).
Kalau korang memasuki dunia forex dengan modal yang besar, korang ada berkemungkinan tinggi untuk mudah berjaya. Tetapi ini tidak bermakna trader yang hanya ada modal kecil tak boleh berjaya. Sebaliknya, mereka juga boleh berjaya. Kalau modal besar pun boleh gagal, modal kecik pun boleh mendapat keuntungan berlipat kali ganda. Korang boleh baca artikel ini untuk tahu cara berjaya dengan modal kecil.
Tunggu apa lagi? Ambik langkah pertama dan mulalah trade forex dengan TIOmarkets!
Kalau nak jadi jutawan forex, mungkin korang boleh cuba TIOmarkets…
Kalau nak tahu cara macam mana, korang boleh ikut langkah-lamgkah di bawah ini:
- Daftar di tiomarkets.com.
- Isikan semua maklumat yang diperlukan dan klik “Daftar”.
- Buka e-mel korang dan cari emel daripada TIOmarkets dengan subjek “Verify your email”.
- Sahkan akaun korang dengan klik pautan yang diberikan untuk pengesahan. Selepas itu, korang akan masuk ke portal ahli / pelanggan baru.
- Korang juga akan terima emel dengann subjek “Your client portal is ready” yang mengandungi ID Wallet untuk korang log masuk ke portal pelanggan.
Admin jamin korang akan lebih senang mempelajari dan membuat transaksi forex di platform ini. Ia adalah pintu masuk yang korang boleh guna untuk masuk ke pasaran dunia forex – platform mudah digunakan. Tak kisahlah korang nak akses dari mana; website, desktop ataupun telefon bimbit. Admin yakin memang ini adalah platform yang bertaraf dunia dan 5 bintang untuk korang!
Kebaikan yang korang boleh dapat adalah: (1) akses lancar ke pasaran global melalui platform dagangan online yang selamat, (2) keadaan dagangan yang kompetitif dan kelajuan pelaksanaan pesanan yang sangat pantas dan (3) perlindungan dari leverage dan baki negatif yang boleh disesuaikan.
Jangan lepaskan peluang ini, daftar akaun TIOmarkets korang sekarang.
Penafian risiko: Contract for Differences (CFD) adalah instrumen yang kompleks dan mempunyai risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat disebabkan oleh leverage. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda mampu untuk mengambil risiko tinggi kehilangan wang anda. Jangan sekali-kali mendepositkan lebih daripada yang anda bersedia untuk rugi. Kerugian klien profesional boleh melebihi deposit mereka. Sila lihat polisi amaran risiko kami dan dapatkan nasihat profesional bebas jika anda tidak memahami sepenuhnya. Maklumat ini tidak diarahkan atau bertujuan untuk diedarkan kepada atau digunakan oleh penduduk negara/bidang kuasa tertentu termasuk, tetapi tidak terhad kepada, Amerika Syarikat & OFAC. Syarikat mempunyai hak untuk mengubah senarai negara yang disebutkan di atas mengikut budi bicaranya sendiri.
Join us on social media
Experienced independent trader
Related Posts
undefined