Apa Itu Forex Trading? Panduan Lengkap Untuk Korang
BY Chris Andreou
|July 15, 2022Mesti pernah dengar atau tengok iklan pasal forex trading (trade forex) kat sosial media korang, kan? Banyak iklan dia yang keluar kat semua sosial media. Mesti terfikir apa itu forex trading, kan? Memang kebelakangan ini, semakin banyak produk-produk dan aplikasi-aplikasi yang korang boleh cuba atau guna kalau berminat nak belajar forex trading.
Yang memang tak tahu menahu pasal forex trading kat Malaysia ni, mesti ada rasa keliru atau bingung sikit. Kalau yang dah mula berjinak dalam dunia pelaburan, mesti dah tahu-menahu sikit (kalau tak semua!) berkaitan forex trading ini.
Mana taknya, kita mana belajar pasal perkara-perkara ini waktu sekolah atau kat universiti. Kita lah yang kena usaha dan belajar sendiri pasal forex trading ini. Antara persoalan-persoalan yang ada dekat minda korang adalah:
- Apa itu forex trading?
- Macam mana forex trading berfungsi?
- Apa faktor yang boleh mempengaruhi forex trading?
- Macam mana cara nak mula buat forex trading?
Kalau nak cover semua jenis soalan yang korang ada berkaitan forex trading, memang banyak. Tapi, jangan risau, admin akan jelaskan forex trading ini kat korang satu-persatu. Harapannya, boleh tambah minat korang dan mula membuat korang aktif dengan forex trading ini. Mula forex trading dengan TIOmarkets. Daftar dan buka akaun anda sekarang!.
Sebenarnya, apa itu forex trading?
Sebelum admin cerita pasal forex trading, korang kena tahu dulu pasal forex exchange (pertukaran antarabangsa). Forex, atau nama singkatan FX adalah pertukaran antarabangsa, di mana korang beli matawang negara lain macam USD sebagai aset dan menjualnya dengan yang lain. Kiranya, forex trading ini aktiviti dan transaksi jual beli matawang asing.
Kenapa beli, korang tanya? Mestilah untuk mendapat keuntungan. Bayangkan situasi ini – korang pergi ke kaunter penukaran duit (money changer) dan beli matawang USD. Katakan nilai USD1 bersamaan dengan RM4.44, korang pun beli dengan nilai yang sama.
Selepas 1 bulan, korang pun jual matawang itu bila nilai USD1 bersamaan dengan RM5.35 (untung 20.5%!). Kalau korang berniat nak beli matawang, mestilah nak buat bila nilai rendah supaya lebih senang untuk dapat untung bila korang jual kelak.
Konsep dia lebih kurang begini, yang lainnya adalah dia dilakukan secara online dekat platform atau aplikasi forex trading (macam TIOmarkets!). Korang hanya perlu cari platform broker forex yang sesuai, masukkan modal dan mulakan transaksi beli atau jual.
Bagaimana forex trading ini berfungsi? Ini admin jelaskan…
Forex trading ini memang lain dari yang lain – dia tak beroperasi dengan sistem kewangan atau perbankan yang lain. Senang cerita, forex trading tidak ada lokasi fizikal di mana korang boleh pergi untuk membuat transaksi. Ini kerana, forex trading jenis yang decentralized (terpencar) dari yang lain.
Yang bagusnya pasal forex trading ini, pasaran dia buka selama 24 jam, 5 hari setiap minggu. Pasaran forex ini tak beroperasi pada hujung minggu. Kiranya, korang ada masa dari 5 pagi hari Isnin sampai lah 5 pagi hari Sabtu untuk ber”forex trading”. Memang sesuai untuk yang ada kerja dari 9 pagi sampai 5 petang atau gig ekonomi, bila-bila boleh tengok.
Disebabkan tiada lokasi fizikal, korang hanya perlu cari dan periksa pelbagai pasangan matawang dekat Internet; sama ada melalui over-the-counter (OTC), orang tengah, platform ataupun aplikasi. Ini disebabkan semua pemain forex trading ini berada di seluruh dunia (bukan hanya di Malaysia!). Nasib baik sekarang ada internet.
Selain dari internet, korang hanya perlukan laptop atau komputer atau telefon bimbit untuk terlibat dengan forex trading. Kebanyakannya, ramai “trader” yang lebih suka menggunakan laptop atau komputer – lebih sesuai untuk membuat keputusan berkaitan jual dan beli.
Yang menggunakan telefon bimbit pulak, kebanyakan akan guna untuk sentiasa perhati prestasi pasaran forex trading. Tak kisah lah, pagi petang siang atau malam, memang mudah dan selesa. Kebanyakan platform yang digunakan pun adalah MT4 atau MT5 (keluaran MetaTrader). Alang-alang itu, guna lah TIOmarkets.
Berminat? Mula forex trading dengan TIOmarkets di M4 atau M5 sekarang!.
Lagi satu, pasaran forex trading ini dibentuk oleh pelbagai pasaran tukaran matawang asing yang terbesar. Mana taknya, pusat kewangan utama dunia ada di negara-negara seperti United States of America, Hong Kong, United Kingdom, Jepun, Australia, Jerman dan Singapura. Macam mana? Masih tertanya apa itu forex trading ke?
Apa antara faktor yang boleh mempengaruhi forex trading?
Tak boleh dinafikan yang pasaran forex trading ini boleh berubah tidak mengikut masa dan tempat. Memang banyak perkara yang boleh mempengaruhi trend pasaran forex trading ini. Masalahnya, dia adalah relatif bergantung kepada apa yang berlaku dekat korang.
Katakan ada berita tergempar berlaku dekat United States of America, benda itu secara tidak langsung akan mempengaruhi matawang USD. Sebagai contohnya, Presiden Biden mengumumkan inisiatif baru yang membuat ekonomi negara dia naik. Nak tak nak, nilai matawang USD pun akan meningkat. Begitu juga sebaliknya kalau ekonomi dia turun.
Jadi, sebaiknya, sebelum korang mula berjinak dalam dunia forex trading ini, untuk tahu lebih mendalam dari segi perkara atau faktor yang boleh mempengaruhi forex trading. Ini kerana korang boleh bersedia untuk sebarang kemungkinan yang berlaku (ya lah, forex trading ini memang tak boleh nak dikawal!).
1. Supply and demand (Penawaran dan permintaan)
Secara ringkasnya, konsep supply and demand ini memang mengambil peranan besar apabila bercakap pasal forex trading. Nak tak nak, dua perkara ini akan sentiasa menjadi faktor dalam penentuan harga untuk sesuatu aset (baca: forex trading).
Katakan permintaan terhadap forex trading bertambah, nilai dia juga akan bertambah. Begitu juga sebaliknya kalau permintaan terhadap forex trading kurang, nilai dia pun akan berkurang. Lebih-lebih lagi apabila forex trading ini berkaitan dengan nilai matawang antarabangsa. Kalau naik, naiklah penawaran dia dan sebaliknya kalau turun.
Oleh itu, ramai traders yang berhati-hati sebelum membuat apa-apa keputusan berkaitan akaun forex trading diorang: beli atau jual. Kebiasaannya, ramai akan mengambil masa sebanyak mungkin pada waktu pasaran dibuka untuk memerhati nilai matawang tersebut.
Selain itu, traders akan jadi lebih peka kepada keadaan semasa dunia. Mana taknya, nilai matawang ini boleh berubah tidak kira masa. Hari ini lain, esok boleh jadi berkurang, bertambah atau tetap sama. Ini sangat penting supaya traders tidak terlepas peluang keemasan yang boleh meningkatkan lagi untung mereka.
2. Persepsi nilai matawang
Walaupun kita tidak boleh menentukan nilai matawang, kita mesti akan ada persepsi yang tersendiri. Ini boleh didapati dari prestasi nilai kewangan dan dari situ, kita menganggar sama ada nilai matawang tersebut akan naik atau turun. Perkara ini dianggap penting dan skill mesti ada oleh traders.
Sebagai contoh, korang dan komuniti yang lain ada persepsi positif terhadap nilai matawang. Jadi, nilai dia akan meningkat. Sebaliknya akan berlaku kalau korang ada persepsi negatif.
Selain itu, orang tahu tak nilai matawang untuk forex trading adalah secara berpasangan? Jadi, nilai satu matawang akan ditentukan bergantung kepada nilai matawang yang lain. Selain itu, korang patut tahu juga yang nilai matawang boleh berubah apabila nilai relatif pasaran matawang turut berubah.
Seperti yang ramai sedia maklum, USD adalah nilai matawang yang paling popular di dunia. Jadi, ada beberapa pasangan matawang yang digandingkan bersama USD. Jenis pasangan ini dikenali sebagai pasangan major disebabkan berganding dengan USD. Antara pasangan matawang major adalah; *EUR/USD, GBP/USD, USD/JPY, AUD/USD, NZD/USD, USD/CHF.
*Note: EUR (Euro), GBP (Pound sterling), JPY (Japanese yen), AUD (Australian dollar), NZD (New Zealand dollar) & CHF (Swiss Franc)
Pasangan matawang minor pula adalah jenis matawang yang digandingkan dengan matawang selain dari USD. Jenis pasangan ini juga dikenali sebagai “cross pair”. Antara contoh pasangan matawang minor adalah: EUR/JPY, EUR/CHF, GBP/JPY, EUR/GBP dan lain-lain.
Korang mesti tertanya-tanya macam mana nak baca pasangan matawang forex trading ini, kan? Sekiranya korang membuat keputusan untuk membeli pasangan matawang USD/JPY, ini bermakna korang beli atau tukar nilai USD dengan JPY.
3. Kepelbagaian berita semasa negara
Perkara ini memang sudah terbukti dari dulu lagi yang nilai matawang sesuatu negara boleh berubah pada sekelip masa. Ini mungkin disebabkan oleh berita tergempar, keadaan ekonomi, perubahan polisi, perubahan pemimpin dan lain-lain lagi. Tak dapat dilupakan juga prestasi ekonomi negara juga boleh memberi impak kepada nilai matawang negara.
Mari kita ambik contoh negara kita, Malaysia. Perbezaan matawang RM dengan USD memang sebesar. Kalau korang perhati trend perbezaan, nilai matawang RM menurun secara konsisten kalau dibandingkan dengan USD.
Katakan sekiranya matawang USD semakin menaik, boleh dikatakan yang nilai matawang RM akan semakin menurun. Kalau nilai matawang USD semakin berkurang, berkemungkinan nilai RM akan semakin bertambah. Konsep ini boleh digunakan untuk semua pasangan matawang forex trading.
Selain itu, keadaan ekonomi negara juga memainkan peranan penting. Kalau keadaan ekonomi negara baik, secara tidak langsung, dia akan mempengaruhi dan meningkatkan persepsi dan nilai matawang negara. Jadi, permintaan dan nilai matawang turut bertambah.
Kalau korang nak lebih peka dengan perkara-perkara boleh mempengaruhi nilai matawang, nak tak nak, kena sentiasa baca berita baru dan terkini. Nak senang, korang boleh langgan subskripsi pelbagai syarikat surat khabar atau berita, secara traditional atau online. Laman web seperti Investing.com ada sedikan kalendar ekonomi yang kornag boleh tengok.
4. Sentimen / trend trader forex
Ingat tak peristiwa dimana Pengasas Tesla, Elon Musk ada keluarkan “tweet” berkaitan satu jenis wang cryptocurrency? Beliau hanya tweet “dogecoin”, itu sahaja. Tetapi, tindakan itu memberi impak yang sangat besar dalam dunia cryptocurrency – semua kelam kabut pergi online untuk membeli jenis wang crypto tersebut.
Perkara ini juga boleh berlaku dalam dunia forex trading. Katakan ada seseorang (Encik Abu) yang berpengaruh dalam pasaran forex trading ada perasaan nilai matawang akan menurun dalam masa akan datang. Jadi, dia pun berkeputusan untuk menjual.
Benda ini secara tidak langsung akan ada tindak balas rantai (chain reaction) yang sendiri. Traders lain yang mengikuti setiap langkah Encik Abu juga akan turut membuat perkara yang sama iaitu menjual. Nilai matawang pun akan menurun sekiranya ramai yang mula menjual aset mereka. Ekonomi negara pun turut terkesan.
Oleh sebab itu, kita patut tahu atas tujuan apa terlibat dengan forex trading. Adakah itu masa untuk membeli? Atau, menjual? Sebaiknya, kita yang membuat keputusan itu dengan sendiri dan sebolehnya tidak dipengaruhi oleh orang lain.
Tak nak lah nanti, ada yang main-main jual matawang mereka dan membuat gurauan tidak berasas secara online. Traders lain pun percaya dan berbuat sedemikian tanpa sebab. Kiranya, ekonomi negara pun akan terlibat sama secara suka-suka. Jadilah trader yang cermat!
5. Dasar Bank Negara Malaysia (BNM)
Sebagai bank pusat, BNM bertanggungjawab untuk sentiasa menyemak dasar dan polisi kewangan. Ini kerana mereka perlu memastikan monetari dan kewangan negara stabil dan kondusif supaya ekonomi boleh berkembang dengan maju.
Jadi, mereka perlu sentiasa menyelaras kadar faedah bank bila perlu bergantung kepada keadaan semasa. Kiranya, nak tak nak, BNM perlu campur tangan sekiranya nilai matawang menaik atau menurun secara mendadak (lebih sikit tak boleh, kurang sikit pun tak boleh!) – sebab boleh menjejaskan ekonomi negara. Seboleh-bolehnya adalah untuk mendapatkan titik keseimbangan nilai matawang.
Baru senang korang ber”forex trading” dengan TIOmarkets. Cuba sekarang!
Memperkenalkan korang dengan TIOmarkets…
Sebenarnya, TIOmarkets adalah pintu masuk korang ke pasaran dunia forex trading ini. Mereka menyediakan platform dagangan yang mudah digunakan untuk korang akses daripada web, desktop atau telefon bimbit. Servis dan produk di platform ini adalah bertaraf dunia.
Memang banyak manfaat yang korang akan dapat kalau buat forex trading melalui TIOmarkets. Antaranya adalah carta langsung, penunjuk analisis teknikal dan alat forex trading yang mantap.
Selain forex, korang juga boleh terlibat dengan indeks, saham, pasaran tenaga dan logam. Kiranya, memang akan ada produk yang sesuai dengan korang – ada yang sesuai untuk tempoh masa pendek dan ada juga yang lebih berbaloi untuk tempoh masa panjang.
Antara kebaikan menggunakan TIOmarkets adalah: (1) akses lancar ke pasaran global melalui platform dagangan online yang selamat, (2) keadaan dagangan yang kompetitif dan kelajuan pelaksanaan pesanan yang sangat pantas dan (3) perlindungan dari leverage dan baki negatif yang boleh disesuaikan.
Jadi, korang tunggu apa lagi? Tak perlu tanya apa itu forex trading dah. Daftar akaun korang kat TIOmarkets sekarang dengan ikut langkah-langkah di bawah:
- Daftar di tiomarkets.com.
- Isikan semua maklumat yang diperlukan dan klik “Daftar”.
- Buka e-mel korang dan cari emel daripada TIOmarkets dengan subjek “Verify your email”.
- Sahkan akaun korang dengan klik pautan yang diberikan untuk pengesahan. Selepas itu, korang akan masuk ke portal ahli / pelanggan baru.
- Korang juga akan terima emel dengann subjek “Your client portal is ready” yang mengandungi ID Wallet untuk korang log masuk ke portal pelanggan.
Baca artikel ini untuk tahu lebih lanjut cara forex trading hanya dengan USD100.
Penafian risiko: Contract for Differences (CFD) adalah instrumen yang kompleks dan mempunyai risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat disebabkan oleh leverage. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda mampu untuk mengambil risiko tinggi kehilangan wang anda. Jangan sekali-kali mendepositkan lebih daripada yang anda bersedia untuk rugi. Kerugian klien profesional boleh melebihi deposit mereka. Sila lihat polisi amaran risiko kami dan dapatkan nasihat profesional bebas jika anda tidak memahami sepenuhnya. Maklumat ini tidak diarahkan atau bertujuan untuk diedarkan kepada atau digunakan oleh penduduk negara/bidang kuasa tertentu termasuk, tetapi tidak terhad kepada, Amerika Syarikat & OFAC. Syarikat mempunyai hak untuk mengubah senarai negara yang disebutkan di atas mengikut budi bicaranya sendiri.
Join us on social media
Experienced independent trader
Related Posts
undefined