logo
Education

8 Kelebihan Forex Trading Korang Patut Tahu

BY Chris Andreou

|July 18, 2022

Memang tak dapat nak nafikan yang salah satu jenis pelaburan yang terkenal sekarang ini adalah forex trading. Pergi saja dekat internet, mesti banyak iklan berkaitan forex trading yang korang akan jumpa. Bila tengok semakin ramai cuba forex trading, mesti korang tertanya-tanya apa saja kelebihan forex trading?

Setiap jenis pelaburan ini ada kelebihan dan kekurangan dia yang tersendiri. Termasuklah forex trading. Nak tak nak, korang perlu buat kajian terlebih dahulu sebelum berkecimpung dalam dunia pelaburan. Tak kisahlah jenis apa sekalipun.

Hendak kata forex trading ini senang untuk buat keuntungan, tak juga. Hendak kata susah dapat keuntungan pun tidak. Untuk berjaya atau dapat keuntungan yang mencukupi, korang perlu tahu apa kelebihan dan kekurangan dia. Admin tak nak lah korang buat forex trading tanpa mempersiapkan diri dan pengetahun dengan apa yang perlu.

Jadi, di artikel ini, admin akan jelaskan dengan terperinci setiap kelebihan, kebaikan dan manfaat forex trading ini pada korang. Ini sangat penting supaya pemahaman dan pengetahuan korang terhadap isu ini berada pada tahap memuaskan dan selesa. Tanpa melengah masa lagi, mari kita mula.

Mulakan perjalanan forex trading korang dengan TIOmarkets sekarang.

Antara kelebihan forex trading adalah…

Banyak sebenarnya kelebihan forex trading ini. Persoalan yang tinggal adalah sama ada korang dapat menggunakan atau mengambil peluang yang ada ke tidak dalam memastikan perjalanan forex trading berjalan lancar.

Korang tunggu apa lagi? Keluarkan buku nota dan pen untuk tulis segala kelebihan forex trading yang admin akan jelaskan ini.

Sebelum itu, baca artikel ini terlebih dahulu untuk tahu pengenalan forex trading.

1. Kos permulaan, fee dan komisen yang rendah & berpatutan

Kelebihan forex trading paling utama korang patut tahu adalah kos permulaan atau modal dia memang rendah dan berpatutan. Kebiasaannya, korang hanya perlukan modal serendah USD5 hingga USD10 untuk mula forex trading. Ianya bergantung kepada broker atau platform atau aplikasi pilihan korang (admin sarankan TIOmarkets!).

Kalau korang baru nak mula forex trading, tak perlu letak kos permulaan atau modal yang banyak. Letak nilai kecik saja dulu dan pastikan korang konsisten dalam memasukkan duit tersebut kepada akaun forex trading korang. Bila korang dah semakin mampu, boleh lah tambah sikit nilai kos permulaan dan modal korang.

Tambahan itu, fee dan komisen forex trading juga berada pada tahap yang berpatutan. Nilai-nilai ini akan bergantung kepada perbezaan harga yang korang bid dan ask atau lebih dikenali sebagai spread – sentiasa rendah dari harga pasaran. Kiranya, spread ini adalah komisen yang diberikan kepada broker untuk setiap transaksi forex trading korang.

Sebagai contoh, korang letakkan harga bid/ask pada 2.150/2.152. Dari contoh ini, boleh nampak nilai spread dia yang kecik. Semakin kecik atau ketat nilai spread, semakin digalakkan dalam forex trading ini.

Hendak tahu nilai spread forex trading harian? Boleh tengok halaman TIOmarkets n

2. Waktu pasaran forex trading yang fleksibel

Kita semua ada masa yang sama, iaitu 24 jam 7 hari seminggu. Walaupun kita dapat masa yang sama, kualiti dan peluang untuk menggunakan masa tersebut untuk kepentingan diri sendiri adalah tidak sama. Tidak semua mampu buat apa yang mereka nak. Ini mungkin disebabkan kesempitan dan komitmen hidup.

Nasib baiklah pasara forex trading ini beroperasi selama 24 jam dan 5 hari seminggu. Kiranya dari 5 pagi hari Isnin sampailah 5 pagi hari Sabtu, korang boleh sediakan masa untuk buka akaun masing-masing dan buat apa yang patut.

Katakan korang sibuk bekerja atau belajar dari pagi sampai ke petang, sekurang-kurangnya korang akan ada masa sebelum 6 pagi dan pada waktu malam. Contohnya, korang set jadual sedikit masa pada waktu pagi dan malam. Korang hanya perlu ambil masa sekejap saja, lebih kurang 5 minit pun dah cukup.

Bila korang dah boleh rancang masa aktif forex trading ini, korang tak perlulah risau dan bimbang sangat. Kadang-kadang kita dengar cerita trader buat keputusan melulu sebab tiada banyak masa untuk berfikir. Kalau untung, tidak ada masalah. Kalau rugi, memang menangis tak berlagu lah.

3. Korang bertanggungjawab atas keputusan sendiri

Bila bercakap berkaitan forex trading, memang seratus peratus korang akan buat keputusan. Dia bukan jenis yang ada bantuan dari orang tengah atau penasihat robo yang boleh tolong korang.

Tak dapat dinafikan korang boleh mendapat pertolongan atau nasihat dari pakar forex trading. Lagi-lagi berkaitan prestasi forex trading korang, cara nak tingkatkan keuntungan, cara elakkan kerugian dan paling peling tahap risiko yang korang boleh hadapi pada setiap keputusan yang dibuat.

Walaupun ada bantuan sebegitu, korang yang akan membuat keputusan sepatutnya. Kalau untung, korang yang untung. Kalau rugi, korang yang rugi. Memang tak boleh bagi kredit atau salah kepada pihak lain. Semua keputusan berkaitan jenis matawang forex trading, bila hendak buat transaksi, bila hendak jual atau beli – terletak di bahu korang!

4. Mudah mendapat keuntungan & pendapatan ekstra

Untuk segelintir pelabur atau trader, forex trading ini boleh dianggap sebagai sumber pendapatan ekstra. Ada juga yang menganggap ia sebagai sumber pendapatan pasif mereka. Perkara ini bergantung kepada cara korang memandang sumber pendapatan yang datang dari forex trading.

Seperti contoh, korang akan memasukkan USD100 secara rutin setiap hari setiap pagi. Selepas itu, korang hanya perlu perhati bila boleh buat keuntungan tinggi apabila korang buat keputusan untuk jual.

Situasi lebih kurang sama apabila korang hendak jual matawang yang ada. Sebolehnya, korang akan mencari masa dimana akan ada sedikit keuntungan. Tak nak lah jual bila nilai akhir itu lagi rendah dari nilai pada waktu korang beli. Bak kata orang, tak seronok lah macam itu. Jadi, nak tak nak, korang perlu mainkan pasaran forex trading itu sedikit.

Seperti contoh, korang ada jenis pasangan matawang USD dan GBP. Ketika korang nak jual matawang ini, akan ada kemungkinan untuk rugi. Jadi, apa yang perlu korang buat?

Pada masa yang sama, korang perlu beli pasangan matawang GBP dan USD. Ini bermakna korang beli pada nilai GBP dan boleh jual pada nilai USD. Sebaiknya dengan usaha ini, nilai keuntungan yang korang dapat menggunakan pasangan GBP dan USD boleh menampung kerugian yang dihadapi dari pasangan USD dan GBP.

Walaupun nampak senang, perkara ini mungkin rumit bagi segelintir. Jadi, apa yang korang boleh buat untuk elakkan kerugian adalah hold atau biarkan nilai matawang forex trading itu dulu buat sementara waktu. Korang hanya perlu tunggu sehingga ada masa untuk dapatkan keuntungan. Tak ke seronok kalau sebegitu?

Lagi satu, dalam forex trading, tidak ada had untuk berapa banyak korang boleh dapat untung. Dan, keuntungan dari forex trading juga tak dikenakan cukai secara menyeluruh. Hanya pendapatan dari forex trading dikenakan cukai, tapi bukan keuntungan dari modal.

Kalau korang buat forex trading menggunakan akaun Islam bebas swap dan dianggap tak memperoleh sebarang pendapatan, korang tiadalah dikenakan sebarang cukai. Kiranya, memang sebarang keuntungan hendaklah bebas cukai.

5. Kurang unsur manipulasi berbanding dengan yang lain

Kebanyakan jenis pelaburan, termasuklah forex trading ada unsur-unsur yang boleh dimanipulasi oleh pihak-pihak luar. Yang bagusnya, unsur manipulasi dalam forex trading ini adalah sikit dari yang lain seperti pasaran saham, bond dan juga komoditi.

Ini kerana pihak yang mempunyai kuasa besar dalam mempengaruhi pasaran forex trading adalah kerajaan dan pusat bank negara. Untuk kita sebagai rakyat Malaysia, ini adalah Bank Negara Malaysia (BNM). Pasaran ini hanya akan ada perubahan sekiranya ada berita terbaru berkaitan dasar dan polisi kewangan negara.

Kiranya, mereka akan sentiasa menyelaras kadar faedah bank bila perlu bergantung kepada keadaan semasa. Ini adalah untuk mendapatkan titik keseimbangan matawang.

Tetapi, ini tidak bermakna pasaran forex trading ini susah untuk dimanipulasi oleh pihak luar. Perkara itu boleh saja berlaku. Cuma, dia akan jadi lebih susah untuk senang dimanipulasi. Bersyukurlah sebab ada kawalan dari kerajaan dan BNM. Senang cerita, memang lebih selamatlah!

6. Jenis pelaburan mudah cair (liquidify)

Bila kita bercakap pasal mudar cair atau liquidify, ini bermakna hasil dari korang forex trading itu senang untuk dikeluarkan. Korang tahu tak dalam sehari transaksi dalam pasaran forex trading boleh mencecah USD5 trillion sehari? Bukan calang-calang amaun itu!

Memang kalau bandingkan dengan pasaran pelaburan yang lain, memang ibarat langit dan bumi. Jadi, senanglah korang untuk buat urusan forex trading ini setiap hari (melainkan hujung minggu selepas pukul 5 pagi hari Sabtu!).

Lagi satu korang patut tahu, forex trading ada leverage yang paling tinggi di antara jenis pelaburan aset kewangan yang lain. Korang berkemungkin boleh tingkatkan atau naikkan pelaburan asal sebanyak 20% hingga 30% keuntungan. Jadi ramai tak kisah sekecik mana pergerakan dalam forex trading, korang boleh dapat sejumlah besar pendapatan.

Perkara ini memang ramai pelabur dan trader nak, iaitu kebebasan untuk mengeluarkan duit bila perlu tidak kira masa. Tak nak lah, perap saja duit dalam forex trading tapi tak boleh keluarkan (boleh tengok saja!).

7. Pasangan matawang yang pelbagai

Pasangan matawang major: *EUR/USD, GBP/USD, USD/JPY, AUD/USD, NZD/USD, USD/CHF.

Pasangan matawang minor / cross pairs: EUR/JPY, EUR/CHF, GBP/JPY, EUR/GBP dan lain-lain.

*Nota: EUR (Euro), GBP (Pound sterling), JPY (Japanese yen), AUD (Australian dollar), NZD (New Zealand dollar) & CHF (Swiss Franc)

Secara keseluruhannya, akan ada sebanyak 28 pasangan matawang yang korang boleh pilih untuk trading forex. Kebiasaannya, korang boleh mula dengan pasangan matawang yang popular – mana-mana saja yang ada USD. Akan tetapi, perkara ini tidak ditetapkan. Boleh saja mula dengan pasangan matawang minor.

Korang pun ada kuasa untuk memilih atau menukar pasangan matawang ini setiap kali korang buat transaksi forex trading. Kalau nak tukar pasangan matawang setiap kali pusing pun boleh. Asalkan korang dah buat persiapan yang sepatutnya!

Jadi, korang ada kebebasan untuk memilih. Pihak lain hanya mampu dan boleh memberi nasihat saja. Hal-hal lain memang terletak kat tangan korang. Nasihat admin jangan ikut sangat pelabur dan trader lain buat. Jangan ikut sangat diorang bila nak buat keputusan berkaitan akaun forex trading korang.

8. Tiada tempat pertukaran pusat

Antara yang melainkan forex trading dengan jenis pelaburan lain adalah mereka tidak perlu melaporkan sebarang keuntungan dan kerugian kepada sesuatu organisasi. Seperti pasaran saham, mereka perlu melaporkan prestasi keuntungan atau kerugian yang dialami. Keputusan itu sedemikian akan mempengaruhi nilai saham mereka.

Dari dulu sampai sekarang, pasaran forex beroperasi tanpa dikawal selia oleh sebarang entiti atau organisasi. Perkara ini bagus kerana nilai pasaran forex trading tidak akan dipengaruhi oleh tindakan-tindakan yang diambil oleh mereka. Sekaligus, dapat mengelak dari berlakunya sebarang kecuaian dan kesilapan manusia seperti penyebaran maklumat dalaman, rasuah dan sebagainya.

Nak tak nak, pasaran forex trading ini hanya bergantung kepada faktor dan perkembangan kewangan dunia antarabangsa. Daftar akaun VIP Black TIOmarkets korang sekarang.

Sebagai trader, korang perlu pertimbangkan segala perkara melibatkan kelebihan forex trading

Okay, sekarang korang dah tahu segala kelebihan forex trading. Apa pendapat korang? Masih lagi rasa forex trading adalah jenis pelaburan sesuai untuk korang?

Sebagai trader, korang kena faham yang setiap jenis pelaburan itu tidak semestinya sesuai untuk semua orang. Ini semua bergantung kepada beberapa perkara; dari tujuan korang membuat pelaburan sehinggalah ketahanan risiko masing-masing.


Sebagai contohnya, katakan korang rasa kurang yakin dengan forex trading selepas tahu kelebihan dan kekurangan dia, tiada masalah. Korang boleh cuba jenis pelaburan lain terlebih dahulu. Nanti bila dah yakin atau percaya pada diri, korang boleh cuba semula forex trading.

Tak salah pun, lagi bagus adalah sebab korang sedar kemampuan diri dan tahu bila masa sesuai untuk mula. Bukan semua pelabur atau trader ada sikap ini. Dalam artikel seterusnya, admin akan jelaskan kekurangan forex trading pula untuk korang.

Kalau korang masih rasa forex trading sesuai, ada pelbagai platform dan aplikasi korang boleh cuba. Antaranya adalah TIOmarkets. Kelebihan yang korang akan dapat adalah;

  1. Akses lancar ke pasaran global melalui platform dagangan online yang selamat,
  2. Keadaan dagangan yang kompetitif dan kelajuan pelaksanaan pesanan yang sangat pantas
  3. Perlindungan dari leverage dan baki negatif yang boleh disesuaikan.

Tidak ada akaun TIOmarkets? Ikut cara di bawah untuk buka akaun korang:

  1. Daftar di tiomarkets.com.
  2. Isikan semua maklumat yang diperlukan dan klik “Daftar”.
  3. Buka e-mel korang dan cari emel daripada TIOmarkets dengan subjek “Verify your email”.
  4. Sahkan akaun korang dengan klik pautan yang diberikan untuk pengesahan. Selepas itu, korang akan masuk ke portal ahli / pelanggan baru.
  5. Korang juga akan terima emel dengann subjek “Your client portal is ready” yang mengandungi ID Wallet untuk korang log masuk ke portal pelanggan.

Ketahui cara korang boleh trading forex hanya dengan USD100 di artikel ini!

Penafian risiko: Contract for Differences (CFD) adalah instrumen yang kompleks dan mempunyai risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat disebabkan oleh leverage. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda mampu untuk mengambil risiko tinggi kehilangan wang anda. Jangan sekali-kali mendepositkan lebih daripada yang anda bersedia untuk rugi. Kerugian klien profesional boleh melebihi deposit mereka. Sila lihat polisi amaran risiko kami dan dapatkan nasihat profesional bebas jika anda tidak memahami sepenuhnya. Maklumat ini tidak diarahkan atau bertujuan untuk diedarkan kepada atau digunakan oleh penduduk negara/bidang kuasa tertentu termasuk, tetapi tidak terhad kepada, Amerika Syarikat & OFAC. Syarikat mempunyai hak untuk mengubah senarai negara yang disebutkan di atas mengikut budi bicaranya sendiri.

Join us on social media

image-959fe1934afa64985bb67e820d8fc8930405af25-800x800-png
Chris Andreou

Experienced independent trader

24/7 Live Chat

undefined