Jenis Trader Forex Yang Mana? Ada 8 Jenis!
BY Chris Andreou
|Julai 28, 2022Bila mula forex trading ini, mesti korang mula kenal dan bergaul dengan forex trader yang lain kan? Kalau perasan, cara diorang uruskan perkara-perkara dan hal berkaitan forex trading mesti berbeza? Mungkin ada persamaan, ada juga jenis lain sikit ikut personaliti masing-masing. Kalau korang, korang rasa diri sendiri jenis trader yang macam mana?
Disebabkan personaliti diri masing-masing berbeza, samalah juga jenis trader yang diorang akan pilih untuk jadi. Lagipun, forex ini bukan sesuatu perkara yang korang boleh suka-suka saja hentam (lagi-lagi bila berkaitan duit!). Ya lah, siapa saja nak hasil penat titik peluh dia yang digunakan untuk forex trading membazir atau rugi begitu saja? Memang tak masuk akal.
Korang perasan tak korang jenis trader yang macam mana? Jenis yang betul berhati-berhati? Jenis yang membuat kajian terlebih dahulu? Jenis yang main redah saja membuat keputusan? Jenis yang suka ikut keputusan trader lain? Atau, jenis yang menunggu berita dulu sebelum membuat sebarang keputusan?
Senang cerita, memang ada banyak jenis trader yang ada sekarang ini. Terpulang korang nak jadi yang macam mana. Ini juga bergantung kepada cara forex trading korang, teknik apa yang diguna dan tidak dilupakan, tahap ketahanan risiko korang. Dari situlah, korang boleh bersedia nak buat apa dan jadi jenis trader yang macam mana.
Buka dan daftar akaun VIP Black TIOmarkets korang sekarang.
Antara faktor yang mempengaruhi jenis trader pilihan korang adalah…
Sebelum kita mula, klik sini untuk baca panduan forex trading. Jangan lupa benda-benda asas pula. Masih lagi penting tau!
1. Tujuan terlibat dengan forex trading
Cuba korang fikir semula kenapa mula-mula terlibat dalam forex trading? Mesti ada sebab masing-masing, kan? Mungkin untuk simpanan hidup selepas bersara nanti. Mungkin juga untuk simpanan kecemasan. Atau, mungkin juga untuk dijadikan pendapatan tambahan secara pasif korang.
Tujuan korang terlibat dengan forex adalah faktor terbesar yang akan mempengaruhi korang jadi jenis trader yang macam mana. Kalau korang terlibat atas tujuan untuk duit bila dah bersara nanti, cara korang bermain lebih relaks dan lebih fikirkan keuntungan dalam jangka masa panjang.
Lainlah kalau korang nak gunakan hasil keuntungan itu untuk beli barang-barang mahal. Kalau sebegitu, korang akan jadi jenis trader yang fokus kepada keuntungan dalam jangka masa pendek ataupun sederhana. Lepas itu, korang boleh ulang semula transaksi forex!
2. Tempoh trade forex
Sebagai trader forex, bila buat sebarang transaksi, korang akan fikir nak buat sama ada dalam tempoh jangka pendek, sederhana ataupun panjang. Untuk point ini, penerangan dia senang saja untuk korang faham.
Kalau korang lagi suka trading forex dalam jangka masa pendek atau sederhana, korang macam jenis yang berani dalam membuat transaksi. Korang memang nak keuntungan dan lagi cepat korang dapat, lagi bagus.
Sebaliknya kalau jangka masa panjang, korang lebih dikira jenis penyabar dan berhati-hati dalam membuat transaksi forex. Keuntungan itu memang korang naklah, tapi tidak terburu-buru. Memang rileks saja.
3. Tahap ketahanan risiko
Apa yang korang faham bila dengar pasal tahap ketahanan risiko? Kalau nak tahu, tahap ketahanan risiko ini adalah amaun wang yang korang mampu untuk hilang atau rugi – bukan hanya berkaitan forex trading saja, berkaitan dengan jenis-jenis pelaburan yang lain juga. Seperti contoh, korang hanya mampu hilang / rugi 4% sahaja.
Jadi, korang pun jadi jenis trader yang sesuai ikut tahap ketahanan risiko masing-masing. Kalau mampu hilang banyak, berkemungkinan korang jenis yang buat transaksi secara mengejut dan tidak membuat kajian mendalam terlebih dahulu. Kalau tahap ketahanan risiko rendah, korang akan jadi lebih berhati-hati.
Nak tahu lebih mendalam berkaitan kelebihan forex trading? Baca artikel ini!
Korang jenis trader forex yang macam mana?
Jenis #1: Scalper
Trader jenis ini adalah yang membuat transaksi forex untuk tempoh masa pendek saja. Kebiasaanya, dia akan menyelesaikan sesuatu transaksi forex itu dalam beberapa minit selepas dibuat (jual atau beli itu belakang kira!).
Untuk jenis sebegini, dia berkemungkinan besar hanya akan mengambil masa sekurang-kurangnya 1 hingga 15 minit untuk selesaikan transaksi forex. Haraoan diorang dengan buat transaksi yang sekejap ini adalah dapat mengambil sedikit keuntungan. Bak kata orang, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit!
Kalau ikutkan, seorang scalper akan mempunyai modal yang besar. Oleh yang demikian, diorang cuma berharap dapat keuntungan sebanyak 1% hingga 5% saja. Sebab itulah, seorang scalper ini kena ada kecekapan teknikal yang tinggi. Iyalah, ini kerana scalper akan memulakan suatu transaksi forex hanya berdasarkan momentum harga pasaran ketika itu. Kiranya, mereka memang ada banyak masa lapang untuk membuat kajian sedemikian rupa.
Jenis #2: Intraday
Bila dengar perkataan intraday, korang rasa apa maksud dia? Kalau korang agak maksud dia adalah jenis trader yang membuat transaksi dan menyelesaikan dalam masa 1 hari (24 jam)? Tahniah, korang dapat mengagak dengan betul!
Kiranya, trader intraday ini memang akan berusaha untuk menyelesaikan transaksi jualan atau belian forex kurang dari 1 hari. Dia macam lebih kurang scalper juga sebenarnya. Yang membezakan diorang adalah trader intraday akan tunggu selepas beberapa jam (scalper takkan tunggu!).
Personaliti jenis trader intraday ini adalah diorang ada kecekapan teknikal yang tinggi dan rajin ikut perkembangan semasa (memang peka!). Modal diorang pun banyak dan diorang berharap untuk dapat keuntungan dalam masa yang singkat dan cepat!
Jenis #3: Swing
Berbeza dari jenis trader scalper dan intraday, trader swing ini adalah jenis yang menyimpan transaksi forex selama beberapa hari. Silap-silap boleh berlanjutan sehinggalah berminggu-minggu. Jenis ini memang sesuai kalau korang jenis yang tidak ada banyak masa lapang untuk forex (modal pun tidak besar sangat!).
Sebagai contoh, katakan ada satu peristiwa yang membuatkan harga pasaran forex naik, korang pun akan membuat keputusan bergantung kepada keadaan semasa pasaran. Kiranya, korang akan cuba untuk menjual disebabkan nilai pasaran forex yang berbaloi sekarang. Begitu juga sebaliknya kalau harga pasaran forex jatuh. Cuma, korang akan biarkan transaksi itu lebih dari 1 hari sekurang-kurangnya untuk buat keputusan.
Kalau korang jenis trader swing, korang adalah jenis yang suka mengikuti perkembangan semasa dengan dekat. Korang lebih berhati-hati disebabkan korang tidak mempunyai modal yang besar. Jadi, korang elakkan kerugian dari berlaku dengan sentiasa membuat kajian berkaitan analisa fundamental dan prestasi kewangan pasaran forex (memang bagus!).
Jenis #4: Position
Trader position ini pula adalah jenis trader yang menyimpan transaksi forex untuk suatu tempoh yang lebih lama. Boleh jadi sampai berbulan-bulan lamanya. Selalunya, diorang buat sebegini sebab percaya transaksi yang dibuat ada potensi untuk mengaut keuntungan yang tersangat-sangat tinggi.
Kalau korang jenis trader position, korang adalah jenis yang fokuskan masa untuk membuat kajian fundamental. Ini kerana korang nak memegang transaksi forex tersebut untuk tempoh yang lama. Senang cerita, korang memang jenis penyabar dalam transaksi forex.
Yang bagusnya jenis trader macam ini, korang adalah jenis yang tak perlu tengok carta setiap hari. Korang hanya tengok bila perlu saja. Nasib baiklah korang faham untuk jenis trader ini, keuntungan tidak datang sekelip mata – ia akan mengambil masa. Memang taklah korang akan dapat pulangan yang cepat.
Jenis #5: Fundamental
Selain itu, ada juga jenis trader fundamental. Ini merujuk kepada cara atau teknik trader yang diorang akan fokuskan kepada berita berkaitan pasaran matawang. Dari sini, korang boleh buat keputusan sama ada untuk membuat transaksi jualan atau belian.
Trader fundamental ini boleh dilihat dari dua perspektif yang berbeza; jangka pendek dan jangka panjang. Kebiasaannya, ia akan berkaitan dengan strategi forex korang kalau nak dibandingkan dengan trading jangka pendek.
Ada masa sesetengah strategi trading yang digunakan oleh jenis trader fundamental ini boleh berubah mengikut keputusan. Kadang-kadang, siap boleh berubah sekelip mata lagi. Keputusan trading yang dibuat oleh jenis sebegini adalah bergantung kepada trend semasa atau faktor-faktor lain.
Kalau diorang tukar pun, percayalah mereka telah membuat kajian yang secukupnya. Jadi, ia berdasarkan logik dan fakta. Ialah sebab mereka berusaha untuk mendapat segala fakta yang diperlukan.
Kebanyakkan trader fundamental, diorang bukan jenis yang tukar cara trading forex setiap masa. Bahkan, mereka lebih suka untuk kekal menggunakan hanya satu cara – senang dan tidak menyusahkan. Mereka hanya akan mengubah cara sekiranya ada peristiwa-peristiwa besar yang berlaku (harapannya bukan selalu!). Penat kalau asyik tukar cara trading forex!
Jenis #6: Noise
Selain itu, ada juga jenis trader noise. Mesti korang pelik apa yang dimaksudkan dengan jenis ini, kan? Trader noise ini merujuk kepada jenis trader yang membuat transaksi forex berdasarkan analisis teknikal.
Jadi, mereka dipengaruhi oleh aktiviti pasaran seperti harga dan jumlah nilai matawang yang diperdagangkan. Dari situ, mereka membuat ramalan pasaran forex di masa datang sama ada mereka akan dapat keuntungan atau tak. Kebiasaannya, jenis analisa teknikal akan mengambil masa lama. Akan tetapi, diorang perlu membuat keputusan dengan cepat.
Kalau ikutkan dan tengok keadaan trader forex, kebanyakkan mereka mudah dipengaruhi. Katakan diorang perasan trend pasaran forex menaik dan banyak yang mulakan transaksi, jadi diorang pun berbuat sedemikan.
Jenis #7: Sentimen
Kalau kita bercakap pasal trend, kita perlu juga bercakap mengenai sentimen pasaran forex. Sekiranya sentimen ketika itu positif, semakin ramai trader yang akan membuat transaksi beli. Sebaliknya kalau sentimen ketika itu negatif, ramai akan mula menjual – inilah yang akan berlaku sekiranya korang ikut trend atau sentimen.
Kebiasaannya, sentimen ini akan bergerak mengikut momentum pasaran. Ini kerana trader sentimen adalah jenis yang menggabungkan teknik analisa fundamental dan teknikal. Apa yang dibuat adalah korang akan tengok dan cuba kenalpasti pergerakan pasaran. Ini termasuklah swing trade yang dapat tangkap pergerakan harga dan contrarian trade – ini akan tunjuk sama ada sentimen pasaran ketika itu adalah positif atau negatif.
Malangnya, bukan semua ramalan pasaran forex mengikut sentimen ketika itu berjaya. Ada masanya ramalan yang dibuat tidak sebegitu tepat. Jadi, ada kemungkinan korang tidak akan dapat keuntungan yang diinginkan (sedih admin baca!).
Ini kerana ada banyak faktor-faktor lain yang akan mempengaruhi sentimen pasaran forex ketika itu. Antaranya adalah kos transaksi forex, ketidakstabilan pasaran matawan dan kesukaran untuk korang buat ramalan yang tepat berdasarkan sentimen ketika itu. Kalau nak berjaya, korang perlu membuat analisis. Yang susahnya adalah buat analisis bukan perkara yang mudah. Ia berkemungkinan akan mengambil masa yang lama. Jadi, reaksi korang untuk membuat keputusan pun akan jadi lambat. Kalau boleh, strategi dan reaksi yang diperlukan kena cepat.
Jenis #8: Market timer
Ada juga jenis trader yang membuat ramalam mengikut tinjauan mereka kepada pasaran atau ekonomi semasa. Tidak dilupakan juga teknik analisa fundamental dan teknikal. Kalau korang jenis trader yang berbuat demikian, korang adalah trader market timer.
Kalau nak tahu, market timer ini merupakan sejenis strategi pelaburan yang bergerak masuk dan keluar dari pasaran kewangan atau beralih antara kelas aset berdasarkan kaedah ramalan. Kalau ikutkan, benda ini adalah strategi pelaburan berdasarkan tinjauan pasaran agregat dan bukan untuk aset kewangan tertentu. Kebiasaannya, jenis ini fokus kepada jangka pendek dan berlainan dari strategi beli dan simpan. Tunggu apa lagi? Ambik langkah pertama dan mulalah trade forex dengan TIOmarkets!
Jadi, dapat tak kenalpasti korang jenis trader yang macam mana?
Setiap jenis trader yang admin jelaskan satu-persatu ini ada kebaikan dia dan keburukan dia. Macam biasalah kan, setiap satu benda itu, ada yang bagus dan ada yang tak. Nak tak nak, memang terpulang untuk korang nak pilih jadi jenis trader forex yang macam mana.
Yang bagusnya benda ini adalah korang boleh cuba jadi setiap jenis trader forex yang admin jelaskan ini. Kalau korang suka dan rasa sangat sesuai, bolehlah korang tetap praktis dan ikut jadi jenis trader yang dipilih. Kalau tak suka, korang boleh cuba jadi jenis trader yang lain dan tengok keadaan dia macam mana. Jangan rasa tersekat untuk jadi jenis trader yang sama. Kita kan manusia yang sering berubah mengikut zaman (jenis trader pun sama!).
Admin cadang, sebelum korang pilih untuk jadi jenis trader yang macam mana, tanya soalan-soalan ini pada diri sendiri:
- Apa tujuan korang mula berkecimpung dalam forex trading?
- Korang ada banyak masa lapang ke untuk transaksi forex?
- Korang suka buat urusan forex pada waktu pagi ke tengahari ke petang atau malam?
- Korang suka cara tempoh jangka masa pendek, sederhana atau panjang?
- Korang jenis trader yang kuat bersabar atau tidak?
- Korang nak dapat keuntungan dalam masa terdekat atau panjang?
Selepas tanya soalan-soalan ini, barulah korang boleh buat keputusan yang sewajarnya. Kalau boleh, jadilah jenis trader forex yang sesuai dengan diri masing-masing. Barulah senang korang berjaya dalam urusan forex trading ini. Percayalah cakap admin – baca artikel ini untuk tahu teknik-teknik forex yang korang boleh amalkan.
Dah, korang jangan buang masa lagi. Ambik peluang keemasan ini untuk daftar dan buka akaun korang di TIOmarkets. Admin jamin korang akan ada keuntungan kalau betul dengan cara/ Dijamin cepat, senang dan mudah!
Penafian risiko: Contract for Differences (CFD) adalah instrumen yang kompleks dan mempunyai risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat disebabkan oleh leverage. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda mampu untuk mengambil risiko tinggi kehilangan wang anda. Jangan sekali-kali mendepositkan lebih daripada yang anda bersedia untuk rugi. Kerugian klien profesional boleh melebihi deposit mereka. Sila lihat polisi amaran risiko kami dan dapatkan nasihat profesional bebas jika anda tidak memahami sepenuhnya. Maklumat ini tidak diarahkan atau bertujuan untuk diedarkan kepada atau digunakan oleh penduduk negara/bidang kuasa tertentu termasuk, tetapi tidak terhad kepada, Amerika Syarikat & OFAC. Syarikat mempunyai hak untuk mengubah senarai negara yang disebutkan di atas mengikut budi bicaranya sendiri.
Join us on social media
Experienced independent trader
Related Posts
undefined