logo
Education

Mula Forex Dengan 6 Langkah Semua Trader Pemula Patut Tahu

BY Chris Andreou

|Ogos 29, 2022

Daya tarikan mula forex trading ini memang tak boleh nak dinafikan lagi. Sebab itulah semakin ramai trader pemula forex. Mereka-mereka ini pun adalah golongan-golongan trader yang baru saja terlibat. Berkemungkinan besar mereka tertarik dengan kelebihan-kelebihan mereka trading forex ini.

Mana taknya, memang betul pun ada banyak kelebihan-kelebihan trading forex ini. Tapi, kena beringat dari awal yang bukan semua trader forex boleh memahami atau mengambil peluang trading forex. Mestilah, kan?

Bukan semua trader forex dapat memanfaatkan segala kelebihan trading forex yang ada ini. Ia bergantung kepada cara korang mula forex. Lebih-lebih lagi cara trading forex beroperasi. Kalau tidak, memang susahlah untuk korang mendapat keuntungan trading forex secara maksimum.

Antara kelebihan-kelebihan trader pemula trading forex adalah:

  1. Kos permulaan, fee dan komisen yang rendah & berpatutan
  2. Waktu pasaran forex trading yang fleksibel
  3. Bertanggungjawab atas keputusan diri sendiri
  4. Mudah mendapat keuntungan & pendapatan ekstra
  5. Kurang unsur manipulasi berbanding dengan yang lain
  6. Jenis pelaburan mudah cair (liquidify)
  7. Pasangan matawang yang pelbagai
  8. Tiada tempat pertukaran pusat

Kalau nak tahu lebih mendalam, korang boleh baca artikel kelebihan trading forex ini. Kalau berminat, korang muat turunlah aplikasi ini untuk trade forex dengan TIOmarkets!

Langkah mula forex #1

Sebagai trader forex pemula, banyak benda yang korang sepatutnya buat sebelum mula trading forex. Ia bermula dari apa itu forex sehinggalah cara korang boleh mengira keuntungan forex yang korang akan dapat di kemudian hari – ini semua benda-benda trader pemula forex patut tahu.

Jadi, yang pertama adalah apa itu forex dan bagaimana korang patut trading forex. Nak tak nak, korang kena tahu dulu yang trading forex ini adalah aktiviti korang membuat penukaran antarabangsa. Senang cerita, korang beli matawang negara lain sebagai aset dan menjualnya sebagai matawang negara lain. ini lah sebab ia dinamakan forex exchange.

Selain itu, korang patut tahu juga cara trading forex ini beroperasi. Walaupun sememangnya, trading forex ini tidak ada sebarang lokasi fizikal. Kiranya, korang tak boleh pergi ke mana-mana lokasi untuk membuat transaksi secara berhadapan. Semuanya berlaku dan beroperasi secara atas talian. Ia juga disebabkan pasaran forex ini terpencar (decentralized) dari yang lain.

Disebabkan ia beroperasi secara fizikal, trader pemula forex patutu tahu yang pasarannya dibuka selama 24 jam, 5 hari setiap minggu (ia cuma tidak beroperasi pada hujung minggu). Kalau korang hendak tahu pasangan matawang forex pun, korang ada pilihan untuk sama ada semak melalui di Internet, over-the-counter (OTC), orang tengah, platform ataupun aplikasi.

Kiranya, sebagai trader pemula forex, memang sennag untuk korang membuat transaksi yang diperlukan setiap hari (hampir!). Mana taknya, hampir seluruh dunia ada para-para trader forex dan syarikat yang menyedikan aplikasi atau program forex yang sedia ada. Korang hanya perlu cari mana yang sesuai untuk korang sebagai trader pemula forex.

Baca artikel ini untuk korang lebih memahami pengenalan asas trading forex ini.

Langkah mula forex #2

Sekarang ini, kalau korang perasan, semakin banyak platform dan aplikasi trading forex yang korang boleh guna. Korang hanya perlu buat penyelidikan sendiri terlebih dahulu sebelum korang membuat sebarang keputusan. Admin sarankan korang guna TIOmarkets…

Disebabkan korang ini masih lagi dikira trader pemula forex, admin kena bagitau korang yang TIOmarkets ini adalah antara pintu masuk terbaik korang ke pasaran dunia trading forex ini. Kalau nak tahu, platform ini memang mudah untuk digunakan oleh para-para trader. Lagi-lagilah kalau korang masih dikira baru dalam dunia forex.

Korang boleh aksed platform dan aplikasi TIOmarkets ini dengan mudah. Korang boleh gunakan mana-mana web atau browser yang ada, desktop atau telefon bimbit. Servis dan produk yang ada dekat sini pun bertaraf dunia antaranya forex, indeks, saham, pasaran tenaga dan logam.

Kiranya, memang ada banyak produk-produk yang korang boleh pilih. Yang tinggal hanya adalah mana yang korang akan pilih untuk amalkan di kemudian hari. Sebaiknya, cari yang sesuai untuk korang mengikut jangka masa yang diingini, sama ada pendek atau panjang. Korang juga boleh mengambil peluang manfaat yang ada seperti carta langsung, penunjuk analisis teknikal dan alat trading forex yang mantap.

Korang juga akan dapat banyak kebaikan kalau menggunakan TIOmarkets. Antara kebaikan-kebaikannya adalah:

  1. Akses lancar ke pasaran global melalui platform dagangan online yang selamat,
  2. Keadaan dagangan yang kompetitif & kelajuan pelaksanaan pesanan yang pantas
  3. Perlindungan dari leverage dan baki negatif yang boleh disesuaikan

Kalau berminat, korang hanya perlu:

  1. Daftar di tiomarkets.com.
  2. Isikan semua maklumat yang diperlukan dan klik “Daftar”.
  3. Buka e-mel korang dan cari emel daripada TIOmarkets dengan subjek “Verify your email”.
  4. Sahkan akaun korang dengan klik pautan yang diberikan untuk pengesahan. Selepas itu, korang akan masuk ke portal ahli / pelanggan baru.
  5. Korang juga akan terima emel dengann subjek “Your client portal is ready” yang mengandungi ID Wallet untuk korang log masuk ke portal pelanggan.

Langkah mula forex #3

Dalam pasaran forex, jenis matawang akan datang secara berpasangan. Korang membuat transaksi forex yang bermula dengan jenis matawang negara lain, ia juga akan berakhir dengan jenis matawang negara yang lain.

Jenis pasangan matawang yang terlibat dalam pasaran forex ini hanya ada 2 jenis kategori (korang sebagai trader pemula forex patut arif pasal ini!). Jenis kategori yang dimaksudkan adalah pasangan jenis matawang major dan pasangan jenis matawang minor.

Antara pasangan matawang major adalah; *EUR/USD, GBP/USD, USD/JPY, AUD/USD, NZD/USD, USD/CHF.

Antara contoh pasangan matawang minor adalah: EUR/JPY, EUR/CHF, GBP/JPY, EUR/GBP dan lain-lain.

*NOTA: EUR (Euro), GBP (Pound sterling), JPY (Japanese yen), AUD (Australian dollar), NZD (New Zealand dollar) & CHF (Swiss Franc)

Kalau korang nak tahu, jenis pasangang matawang major dikumpulkan sedemikian adalah kerana salah satu antaranya adalah nilai matawang USD. Kalau tengok pasangan minor pula, mereka tidak melibatkan matawang USD.

Langkah mula forex #4

Bila kita berbicara tentang aktiviti dan transaksi trading forex, kita tak lari dari bercakap berkaitan wang pendahuluan atau modal. Jangan risau, korang tak perlu ada modal atau wang pendahuluan yang besar pun. Kalau waktu itu ada, tidak ada masalah – korang boleh masukkan amaun sebanyak itu. Tapi, kalau tiada pun, tak ada masalah.

Memanglah lagi bagus dan senang dapat keuntungan kalau korang dapat memasukkan modal yang besar secara konsisten dalam setiap minggu. Akan tetapi, ia tidak bermakna korang akan susah dapat keuntungan dengan hanya bermodal kecil. Bahkan, modal yang kecil sudah pun memuaskan untuk para trader pemula forex.

Asalkan korang konsisten, modal yang dimasukkan walaupun kecil sudah boleh mendapat keuntungan. Bak kata orang, sikit-sikit, lama-lama jadilah bukit.

Jadi, sekarang ini, korang memang tak perlu rasa nak beragak-agak kalau nak mula trading forex. Biasalah itu, semua para trader akan berasa tidak yakin dan seronok pada awal mereka terlibat dalam perkara ini. Memang kebanyakkan para trader forex akan berasa ragu-ragu untuk bermula dalam forex ini.

Sebaiknya, korang tak perlu risau perkara itu. Bukan macam trader forex lain boleh tahu pun berapa banyak modal korang setiap bulan. Kalau korang nak tahu apa yang boleh dilakukan dengan modal kecil, korang boleh baca artikel ini.

Kalau boleh, nak tak nak, korang kena sentiasa konsisten dalam transaksi forex korang itu. Jangan sesekali tinggal memasukkan atau menambah duit setiap bulan. Katakan korang tidak aktif sekalipun pada bulan tersebut, duit yang masih ada dalam akaun trading forex korang masih boleh mengaut keuntungan (cuma tak banyaklah!).

Langkah mula forex #5

Dalam setiap transaksi forex, korang perlu membuat keputusan sama ada untuk menjual ataupun membeli. Dan macam apa yang admin cakap tadi, korang akan bermula dengan nilai matawang yang lain dan berakhir dengan yang lain.

Kebiasaannya, seseorang trader pemula forex akan membuat keputusan untuk beli sekiranya korang menganggar harga pasaran forex akan menaik. Sebaliknya, korang juga akan membuat keputusan untuk menjual kalau nilai pasaran menurun.

Mesti ada di antara korang yang tengah pelik dan konfius dengan apa admin maksudkan ini? Senang cerita, ia bermakna yang korang beli pada amaun tertentu dengan harga lebih rendah sekarang sebab hendak menjualnya pada harga lebih tinggi di kemudian hari. Dari sinilah korang boleh dapat keuntungan, iaitu dari perbezaan harga atau perkataan lainnya, pip.

Untuk korang senang faham, pip adalah nilai pergerakan harga bila korang membuat keputusan untuk beli ataupun jual. Ia ditentukan dengan nilai yang korang telah putuskan ketika itu. Selain itu, korang pun perlu peka dengan nilai spread yang akan ditetapkan oleh broker – perbezaan antara harga korang nak beli dan jual. Untuk contoh admin nak bagi ini, sebaiknya ikut website TIOmarkets ini.

Katakan, korang nak beli pasangan matawang forex USD/EUR dan mereka bernilai 3.5 pip. Bila transaksi korang nak buat adalah dengan membeli pada harga 1.40000, kiranya korang akan mendapat harga sebanyak 1.40035. Sebaliknya, kalau korang hendak menjual – akan dapat dengan harga sebanyak 1.39965.

Kalau korang berniat untuk mendalami ilmu asas forex lagi, boleh baca artikel ini.

Langkah mula forex #6

Korang pernah dengar tak yang kebanyakan trader pemula forex gagal selepas hanya beberapa tahun menceburi dunia ini? Mesti korang tak nak menjadi salah satu trader yang menjadi statistik ini kan. Sememangnya korang nak menjadi trader forex yang berjaya. Ataupun sekurang-kurangnya, korang boleh mendapatkan keuntungan mahupun sedikit.

Kalau korang nak tahu, terdapat banyak teknik-teknik forex yang korang boleh cuba amalkan dalam kehidupan seharian. Berkesan ataupun tidak itu, admin tak dapat janji. Ia bergantung kepada cara korang beroperasi dan membuat transaksi forex. Teknik forex mana yang korang gunakan itu tidak mempunyai kesan atau impak yang besar. Ia bergantung sepenuhnya sama ada korang sudah menjumpai teknik yang sesuai ataupun tidak,

Ini admin ringkaskan teknik-teknik forex yang korang boleh cuba untuk amalkan:

  1. Teknik analisis asas (Fundamental analysis) – membuat analisa adalah segala jenis berita berkaitan bisnes, ekonomi, polisi negara, perbankan, dasar kewangan dan lain-lain. Kiranya, perkara-perkara yang boleh mempengaruhi nilai pasaran forex.
  2. Teknik analisis teknikal (Technical analysis) – bergantung kepada analisis trend harga, data statistik dan isipadu (volume) pasaran forex.
  3. Teknik forex scalping – memulakan beberapa trade forex dan menutupnya pada masa yang sama. Teknik sesuai kalau korang mengimpikan keuntungan dalam masa pendek.
  4. Teknik swing forex – gabungan antara teknik analisis asas dan secara teknikal. Korang memulakan trade dan membiarkannya sehingga beberapa minggu sebelum tutup. Sesuai untuk keuntungan jangka masa sederhana.
  5. Teknik leverage – membolehkan korang membuka trade yang lebih besar hanya dengan modal kecik iaitu dengan meminjam duit broker forex (tak perlu modal yang besar sangat pun!).
  6. Teknik pengurusan risiko dan modal – menguruskan 2 aspek pelaburan forex yang berbeza untuk korang dapat keuntungan yang optimum.

Sebenarnya, ada banyak lagi teknik-teknik forex ini. Korang pun tak perlu hanya menggunakan satu teknik saja, boleh tukar kalau rasa tidak sesuai dan lain-lain lagi. Korang perlu banyakkan membaca dan berkenalan dengan para trader yang lain. Barulah korang akan jadi trader forex yang lebih arif dan pakar. Boleh baca artikel ini untuk tahu teknik-teknik forex dengan lebih lanjut.

Untuk lebih pakar dengan teknik-teknik forex, korang boleh muat turun dan buka akaun VIP Black TIOmarkets.

Langkah paling penting sekali untuk trader pemula forex adalah mengenali diri sendiri

Tepuk dada, tanya selera. Perkara ini sangat dan teramatlah penting bila korang dah mula berkecimpung dalam dunia forex. Kalau korang perasan, memang banyak hasutan dan pengaruh yang cuba disebarkan oleh para-para trader lain. Mereka akan cuba sebaik mungkin untuk membawa atau membuat korang jadi bersefikiran dengan mereka.

Akan tetapi, admin menyarankan korang (trader pemula forex) supaya tidak mudah dipengaruh oleh para-para trader yang lain. Boleh saja mungkin korang tertarik dan rasa nak ikut apa yang dibuat, tapi sebaiknya pastikan keputusan terakhir itu datang dari diri korang sendiri. Jangan main ikut semberono saja – ialah tahap ketahanan risiko masing-masing pun berlainan dan tak sama. Jadi, mana boleh ikut saja.

Bila korang dah ada tahap ketahanan risiko sendiri, korang perlulah ikutnya sebaik mungkin. Katakan korang membuat transaksi yang lebih berisiko tinggi dari biasa, korang mungkin juga akan mendapat kerugian yang tinggi dari biasa. Kalau korang hanya berada pada tahap ketahanan risiko, kerugian yang korang dapat akan berada pada paras yang korang selesa. Tidaklah korang menangis tak berlagu sangat.

Sebaiknya, lebih bagus kalau korang tahu korang jenis trader forex yang macam mana. Sekurang-kurangnya, korang akan lebih tahu dan peka apa yang sesuai dan apa yang tidak sesuai. Korang boleh baca artikel ini untuk tahu setiap jenis trader forex yang ada.

Bila dah tahu itu, kalau masih belum daftar akaun TIOmarkets lagi, korang tunggu apa? Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk trading forex dengan platform yang mudah, cepat dan dipercayai!

Penafian risiko: Contract for Differences (CFD) adalah instrumen yang kompleks dan mempunyai risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat disebabkan oleh leverage. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda mampu untuk mengambil risiko tinggi kehilangan wang anda. Jangan sekali-kali mendepositkan lebih daripada yang anda bersedia untuk rugi. Kerugian klien profesional boleh melebihi deposit mereka. Sila lihat polisi amaran risiko kami dan dapatkan nasihat profesional bebas jika anda tidak memahami sepenuhnya. Maklumat ini tidak diarahkan atau bertujuan untuk diedarkan kepada atau digunakan oleh penduduk negara/bidang kuasa tertentu termasuk, tetapi tidak terhad kepada, Amerika Syarikat & OFAC. Syarikat mempunyai hak untuk mengubah senarai negara yang disebutkan di atas mengikut budi bicaranya sendiri.

Join us on social media

image-959fe1934afa64985bb67e820d8fc8930405af25-800x800-png
Chris Andreou

Experienced independent trader

24/7 Live Chat

undefined