logo
Education

Ketahui 6 Teknik Forex Korang Boleh Amalkan

BY Chris Andreou

|Julai 25, 2022

Bila korang dah mula berkecimpung dalam dunia forex trading ini, mesti ada pernah dengar yang 95% trader gagal, kan? Bukan admin nak takutkan, tapi itulah hakikatnya. Kebanyakan trader forex gagal kerana tidak bersedia atau mempunyai teknik dia yang tersendiri. Sebab itulah pentingnya kena tahu teknik-teknik forex yang korang boleh amal dan praktis.

Apa yang admin maksudkan dengan teknik forex? Semenjak kebelakangan ini, semakin ramai orang Malaysia yang mula main forex ini. Kalau korang Google atau cek dekat social media, ramai saja guru-guru atau sifu forex yang selalunya share teknik, tips dan cara diorang buat keputusan. Siap ada yang buat group Telegram berbayar lagi tau!

Tapi, admin sarankan korang jangan terburu-buru dan main ikut sesiapa saja. Takut diorang sebenarnya scam ke atau macam-macam lagi. Nak tak nak, korang kena buat kajian secara menyeluruh untuk pastikan korang tak jadi mangsa penipuan atau scammer. Merana hidup kalau korang sia-sia saja jadi mangsa.

Jadi, apa yang patut korang buat? Baca, baca dan baca. Banyak sangat teknik-teknik yang pakar forex kongsi kat Internet. Korang hanya perlu cari saja. Tapi, jangan risau sebab admin ada kat sini.

Dalam artikel ini, admin akan kongsi cara main forex untuk korang yang baru berkecimpung dalam dunia ini. Admin juga akan kumpul dan terangkan teknik-teknik forex yang korang boleh amalkan.

Sebelum mula, klik sini untuk baca panduan forex trading korang patut tahu. Selepas itu, baru daftar akaun VIP Black TIOmarkets korang

Kalau baru nak mula, ini cara main forex yang boleh korang ikut

Cara #1: Pilih pasangan matawang forex korang

Macam yang admin pernah jelaskan dekat artikel-artikel sebelum ini, forex berurusan dengan pelbagai pasangan matawang. Ada jenis yang major kalau berkaitan dengan USD, ada juga yang minor kalau tidak berurusan dengan USD.

Pasangan matawang major: *EUR/USD, GBP/USD, USD/JPY, AUD/USD, NZD/USD, USD/CHF.

Pasangan matawang minor / cross pairs: EUR/JPY, EUR/CHF, GBP/JPY, EUR/GBP dan lain-lain.

*Nota: EUR (Euro), GBP (Pound sterling), JPY (Japanese yen), AUD (Australian dollar), NZD (New Zealand dollar) & CHF (Swiss Franc)

Katakan korang buat keputusan untuk trade forex dengan pasangan matawang EUR/GBP. Ini bermakna korang membuat forex trading dengan menukarkan nilai matawang EUR kepada matawang GBP.

Selalunya trader baru akan pilih pasangan matawang yang ada USD. Ini kerana pasangan matawang major lebih popular dan digunakan ramai berbanding lain. Akan tetapi, tidak ada peraturan pun – korang boleh pilih mana-mana saja pasangan matawang yang korang nak.

Cara #2: Analisa pasaran forex trading

Seperti jenis pelaburan-pelaburan yang lain, korang sepatutnya buat kajian dan analisa sedalam yang mungkin terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi. Jangan main hentam semberono saja. Kalau boleh, korang sebagai trader jangan keputusan sebab ikut trader yang lain dan / atau ikut emosi.

Korang nak tahu kenapa dan macam mana 95% trader boleh gagal? Kemungkinan tinggi adalah mereka tidak betul memahami konsep sebenar dan cara yang betul untuk main forex trading. Diorang main ikut dan hentam saja (itu yang bahaya!). Ada kemungkinan juga korang rasa terlalu banyak sangat maklumat yang kena telan sampai tersilap catur langkah.

Jadi, korang patut kecilkan skop kajian dan analisa korang itu. Katakan dah pilih pasangan matawang EUR/GBP, jadi kajian dan analisa korang buat kena berkaitan jenis ini sajalah. Tak perlu risau pasal pasangan matawang lain. Korang pun akan jadi lebih fokus dalam mengawasi dan menelaah segala maklumat yang ada.

Jadikan perkara ini sebagai habit korang – sentiasa tengok rajah (chart) forex trading, sentiasa baca berita terbaru pasal pasangan matawang tersebut dan buat segala jenis kajian dan analisa yang sepatutnya. Barulah mantap!

Cara #3: Pilih transaksi forex trading; sama ada beli atau jual

Transaksi trading forex ada dua saja; sama ada jual atau beli. Tujuan korang membuat pertukaran pasangan matawang ini adalah untuk dapatkan keuntungan (spread). Kalau nak lebih faham, spread ini adalah komisen yang diberikan kepada broker untuk setiap transaksi forex trading (boleh semak nilai spread forex hari ini!).

Dari nilai spread yang korang mungkin dapat, korang boleh buat keputusan sama ada nak jual ataupun beli. Untung atau rugi untuk bergantung kepada nilai pasaran forex ketika itu.

Sebagai contohnya, nilai pasaran EUR/GBP berada pada nilai 0.85383/0.85391 (nilai spread pada 0.8!). Kalau korang beli, korang akan dapat keuntungan sebanyak 0.8 spread. Kalau korang jual pula, berkemungkinan akan rugi pada nilai spread yang sama.

Baca artikel ini untuk ketahui kelebihan forex trading dengan lebih mendalam.

Antara teknik forex korang boleh cuba amalkan adalah…

1. Teknik analisis asas (Fundamental Analysis)

Kalau korang nak tahu, teknik forex paling asas yang korang boleh praktis adalah dengan buat analisis asas ataupun fundamental analysis. Perkara paling utama korang akan selalu buat analisis asas adalah pasangan matawang yang korang pilih. Teknik ini lebih kurang korang buat kajian analisis tentang negara pasangan matawang (kena banyak membaca!).

Antara perkara korang kena buat analisa adalah segala jenis berita negara itu. Boleh jadi berkaitan bisnes, ekonomi, polisi negara, perbankan, dasar kewangan dan macam-macam lagilah. Perkara-perkara inilah yang akan mempengaruhi penawaran dan permintaan matawang. Katakan kadar faedah satu negara itu naik, penawaran nilai matawang itu pun akan meningkat.

Walaupun teknik ini yang paling asas, benda inilah yang paling rumit. Ini adalah disebabkan ada pelbagai perkara yang boleh mempengaruhi nilai matawang. Kadang-kadang korang boleh berjaya mengenalpasti perkara yang boleh mempengaruhi dan mendapat keuntungan. Ada masa yang korang tidak dapat tahu perkara apa yang mempengaruhi nilai matawang.

Akan tetapi, bukan senang untuk korang jadi pakar dalam teknik analisis asas ini. Nak tak nak, benda ini akan mengambil masa untuk korang pupuk skil yang diperlukan untuk berjaya (semoga berjaya!).

2. Teknik analisis secara teknikal (Technical Analysis)

Berbeza dari teknik analisis asas, analisis secara teknikal lebih bergantung kepada analisis trend harga, data statistik dan isipadu (volume) pasaran forex. Kiranya, trader forex akan membuat kajian mereka dengan menimbangkan perkara-perkara ini. Dari situ, barulah mereka akan membuat keputusan berkaitan forex trading mereka.

Kalau korang nak tahu, teknik analisis secara teknikal ini ada beberapa kaedah. Antaranya adalah:

  1. Kaedah “Support & Resistance”: Kaedah ini adalah apabila korang dapat kenalpasti corak trend harga yang berlaku. Sekiranya pergerakan matawang membentuk support & resistance sebanyak 3 kali, berkemungkinan trend pasaran akan sentiasa menarik.
  2. Kaedah Moving Average Convergence/Divergence (MACD): Alat analisis teknikal korang boleh guna untuk buat keputusan. Beroperasi dengan mempunyai purata bergerak eksponensial & eksponen. Bila 2 jenis purata ini bertembung, trader akan guna untuk buat keputusan sama ada untuk beli atau jual.

3. Teknik forex scalping

Kalau korang jenis trader yang nak dapatkan keuntungan dalam masa pendek, teknik forex scalping ini mungkin sesuai untuk korang. Teknik ini akan perlukan korang untuk memulakan beberapa trade pada masa yang sama. Korang pun akan tutup trade pada hari yang sama.

Harapannya adalah dengan banyak trade yang korang bukak, akan dapatlah banyak keuntungan kat situ. Kalau korang buka 1 trade saja, memang susahlah nak dapat keuntungan yang memuaskan. Bak kata orang, biar sikit, lama-lama jadi bukit (yang penting, korang kena konfiden dengan segala transaksi yang dibuat!).

4. Teknik swing forex

Untuk trader yang nak dapatkan keuntungan dalam jangka tempoh sederhana, teknik swing forex ini sesuai. Caranya adalah korang memulakan trade dan membiarkannya sehingga beberapa minggu. Barulah boleh dipanggil jangka masa sederhana. Teknik ini pun boleh dikira gabungan antara teknik analisis asas dan secara teknikal.

Dia lebih kurang begini – katakan korang menggunakan peristiwa-peristiwa dan trend harga pasaran forex sekarang. Selepas itu, korang cuba membuat ramalan atau jangkaan pasaran forex pada masa terdekat. Dari situlah korang buat keputusan sama ada untuk menjual atau membeli (boleh terima tak?),

Bagi admin, teknik ini juga sesuai untuk trader yang sibuk sedikit. Tak perlulah korang untuk sentiasa perhati trend pasaran forex. Sekali sehari saja pun dah mencukupi!

5. Teknik leverage

Untuk trader yang mempunyai modal yang sedikit, boleh cuba amalkan teknik leverage ini dalam aktiviti forex trading korang. Kalau nak cuba, teknik ini membolehkan korang membuka trade yang lebih besar hanya dengan modal kecik (tak perlu modal yang besar sangat pun!). Ini kerana korang macam meminjam duit daripada broker-broker forex.

Malangnya, teknik ini juga dikenali sebagai teknik pedang berbilah dua (double-edged sword). Ini kerana kebarangkalian korang mendapat kerugian yang besar juga tinggi. Silap-silap, korang boleh hilang modal secara sekaligus. Bahaya betul kalau macam itu!

Sebagai contohnya, katakan tawaran leverage yang ada berada pada nilai ratio 1:3. Ini bermakna keuntungan yang korang mungkin dapat adalah lebih 3 kali ganda. Kalau rugi? Maknanya, korang rugi lebih 3 kali ganda juga.

Yang bagusnya kalau korang berminat nak praktis teknik ini, kebanyakan broker forex ada menawarkan teknik leverage yang admin sebutkan ini. Sekurang-kurangnya, korang bolehlah cuba dan pastikan sesuai untuk korang atau tidak.

6. Teknik pengurusan risiko dan modal

Seorang trader yang berjaya memang perlukan teknik pengurusan risiko dan modal yang mantap. Untuk teknik yang ini, admin sarankan untuk korang amalkan. Tak kisahlah teknik forex utama mana yang korang nak guna (kena ada teknik pengurusan ini!).

Katakan korang tetapkan 5% dari modal sebagai nilai yang boleh dilepaskan jika berlaku kerugian. Kiranya, korang takkan hilang tidurlah kalau rugi sebanyak itu. Jadi, setiap transaksi forex yang korang buat kenalah bergantung kepada nilai 5% tersebut. Kalau boleh, korang jangan rugi lebih dari 5% yang ditetapkan. Menangis tak berlagu nanti!

Yang bagusnya pasal teknik-teknik dan tips forex trading admin kongsi ini, korang boleh cuba semua. Kalau tak sesuai, korang boleh tukar cara main forex dengan gunakan teknik yang lain pula.

Cuma, korang kena ingat untuk mengawal emosi sewaktu membuat sebarang transaksi forex. Biasalah, kitakan hanya manusia biasa. Kadang-kadang terikut sangat emosi sampai lupa segala teknik forex yang korang amalkan. Lebih-lebih lagi kalau ada perkembangan yang mengejut berlaku (boleh kelam-kabut korang!). Karang tak pasal-pasal, korang boleh ada labih banyak rugi dari sepatutnya – kesabaran itu penting ya rakan-rakan.

Tunggu apa lagi? Trade forex, indeks, saham dan komoditi sekarang dengan TIOmarkets!

Sekarang, kena cuba dan kenalpasti teknik forex yang sesuai dan senang berjaya untuk korang

Tak boleh nak nafikan ada banyak teknik / cara / tips forex yang ada dekat internet sekarang ini. Korang hanya perlu buat kajian terlebih dahulu berkaitan teknik-teknik yang berlainan ini. Tapi, ini tidak bermakna korang boleh main pilih saja mana-mana teknik dan amalkan. Ia bukan semudah itu.

Korang perlu buat kajian yang ekstra sedikit sebelum pilih mana-mana teknik yang nak digunakan. Bila dah pilih, admin tak sarankan guna beberapa teknik pada masa yang sama. Kalau boleh, pilih satu teknik untuk korang praktiskan pada satu masa. Selepas itu, korang boleh perhati prestasi forex korang macam mana selepas dah pilih satu cara main untuk diamalkan.

Katakan teknik yang korang pilih itu tidak berjaya, tiada keuntungan yang tinggi segak digunakan, korang jangan risau untuk tukar kepada teknik lain. Admin sarankan lagi adalah, kalau tidak berjaya, tukar saja teknik itu terus. Jangan ibarat ditakuk lama. Bak kata orang, perkara gila itu adalah kalau kita buat perkara yang sama tetapi mengharapkan keputusan yang berlainan (memang taklah!).

Jangan takut untuk tukar teknik forex korang kalau tak berjaya. Selagi korang tak jumpa teknik yang sesuai untuk diri sendiri guna dan berjaya, selagi itulah kena sentiasa cuba cara-cara lain.

Sesuai disini yang admin maksudkan adalah korang faham cara teknik itu beroperasi dan apa patut korang buat untuk mendapatkan keuntungan yang berbaloi. Kiranya, kalau guna teknik itu, korang memang akan dapat keuntungan (sikit atau banyak tu, belakang kira!). Yang penting disini adalah korang berani mencuba. Kalau korang ada USD100 dalam simpanan, boleh baca artikel ini untuk trade forex hanya dengan nilai tersebut.

Korang belum mula bermain forex lagi? Jangan lepaskan peluang untuk daftar dan buka akaun korang di TIOmarkets. Dijamin akan ada keuntungan kalau teknik korang betul!

Penafian risiko:Contract for Differences (CFD) adalah instrumen yang kompleks dan mempunyai risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat disebabkan oleh leverage. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda mampu untuk mengambil risiko tinggi kehilangan wang anda. Jangan sekali-kali mendepositkan lebih daripada yang anda bersedia untuk rugi. Kerugian klien profesional boleh melebihi deposit mereka. Sila lihat polisi amaran risiko kami dan dapatkan nasihat profesional bebas jika anda tidak memahami sepenuhnya. Maklumat ini tidak diarahkan atau bertujuan untuk diedarkan kepada atau digunakan oleh penduduk negara/bidang kuasa tertentu termasuk, tetapi tidak terhad kepada, Amerika Syarikat & OFAC. Syarikat mempunyai hak untuk mengubah senarai negara yang disebutkan di atas mengikut budi bicaranya sendiri.

Join us on social media

image-959fe1934afa64985bb67e820d8fc8930405af25-800x800-png
Chris Andreou

Experienced independent trader

24/7 Live Chat

undefined