logo
Education

Analisis dan dagangan sentimen klien

BY Chris Andreou

|January 12, 2022

What is client sentiment?

Sentimen klien adalah koleksi data kedudukan pembeli dan penjual bagi sesuatu simbol.

Data ini kemudiannya digabungkan dan dipersembahkan dalam cara yang menunjukkan peratusan klien sama ada yang panjang atau singkat dalam platform dagangan sesuatu broker.

Sentimen klien ialah sesuatu yang sering diketepikan oleh kebanyakan pedagang. Ia merupakan alat analisis yang berguna dan boleh memberikan anda maklumat dalaman tentang pendapat kolektif peserta pasaran.

Anda boleh menggunakan sentimen klien untuk membantu menentukan berat sebelah sehala atau menemui peluang dagangan.

Objektif artikel ini adalah untuk memaklumkan anda tentang alat berguna ini, agar anda dapat membuat keputusan dagangan termaklum yang lebih baik.

Walau bagaimanapun, penting untuk diketahui bahawa data sentimen klien yang dibekalkan oleh mana-mana broker atau platform dagangan forex hanyalah suatu pandangan bagi kedudukan klien pada platform tersebut.

Memandangkan forex tidak berpusat, adalah mustahil untuk mendapatkan pandangan yang 100% tepat tentang sentimen klien dalam seluruh pasaran.

Sentimen klien hanya boleh dianggarkan, dan lebih besar saiz data, lebih tepat sesuatu pandangan itu.

Dalam keadaan terbaik, ia boleh menjadi pandangan keratan rentas atau contoh bagi situasi semasa peserta pasaran.

Tidak seperti pasaran saham yang berpusat, semua transaksi dilakukan menerusi bursa.

Namun, ia kekal sebagai alat berguna untuk dimanfaatkan bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang situasi pasaran sebenar. Apabila digunakan bersama penanda lain, ia dapat membantu anda membuat keputusan dagangan termaklum yang lebih baik.

Itulah teras kegunaan sentimen klien buat anda.

Ia menunjukkan rumusan bagi semua pembuatan keputusan peserta lain dalam pasaran atau pada platform dagangan sesuatu broker.

Apakah yang mencetuskan sentimen klien?

Pencetus sentimen klien biasanya hadir dalam pelbagai cara yang digunakan untuk menganalisis pasaran.

Misalnya;

  • Analisis teknikal atau kaedah dagangan yang digunakan.
  • Atau trend ekonomi, politik dan sosial yang mempengaruhi pembuatan keputusan mereka.
  • Malah sentimen klien itu sendiri dapat memotivasikan pedagang untuk membeli atau menjual.

Berikut merupakan beberapa contoh;

  • Dua purata penggerak pasaran yang merentasi sesuatu carta mungkin menjadi isyarat bahawa seseorang sedang mencari peluang untuk membeli atau menjual.
  • Seseorang lain pula mungkin membeli mata wang kripto setelah mereka membaca tentang populariti mata wang itu.
  • Ada juga yang mungkin melihat pada sentimen klien dan membeli atau menjual kripto hanya disebabkan ia dilakukan oleh ramai pedagang lain.

Jadi, sentimen klien dan penanda yang mewakili perkara ini adalah kesan daripada sebarang punca yang mempengaruhi atau memotivasikan orang lain untuk membeli atau menjual. Tindakan pembelian atau penjualan ini seterusnya akan mempengaruhi harga aset.

Apakah penanda sentimen?

Penanda sentimen pada laman web TIO Markets dipersembahkan sebagai dail dan ia menunjukkan kedudukan terbuka klien TIO Markets bagi setiap aset atau simbol.

Anda juga boleh menatal ke bawah halaman dan memilih simbol lain yang tidak ditunjukkan di sini.

Penanda sentimen ini sentiasa dikemas kini.

Bagaimanakah cara untuk menggunakan sentimen klien dalam dagangan?

Penanda sentimen klien adalah mudah digunakan dan ia perlu digunakan sebagai penanda bercanggah. Maksudnya, cari perkara yang bertentangan berbanding tindakan yang dilakukan majoriti.

Jadi, jika anda melihat majoriti daripada peserta pasaran sebagai pasangan mata wang panjang, anda perlu mencari peluang untuk menjual.

Jadi, jika anda melihat majoriti daripada peserta pasaran sebagai pasangan mata wang singkat, anda perlu mencari peluang untuk membeli.

Hal ini demikian kerana kebanyakan pedagang akan kerugian wang dalam dagangan, dan anda boleh memanfaatkannya dengan melakukan tindakan yang bertentangan berbanding majoriti.

Sebagai panduan umum, apabila sentimen berada dalam julat 40% hingga 60%, berat sebelah sehala masih boleh dianggap neutral.

Apabila sentimen berada dalam julat 60% hingga 85%, berat sebelah sehala menjadi lebih jelas dan anda boleh menjangkakan harga untuk beralih dalam arah yang bertentangan berbanding majoriti.

Apabila sentimen melebihi 85% panjang atau singkat, situasi ini boleh dianggap sebagai ekstrem dan peralihan mungkin berlaku dengan hampir kepada penghausan. Pada titik-titik inilah kebanyakan pedagang akan berhenti keluar atau menutup kedudukan mereka. Oleh itu, berhati-hati apabila sentimen berada pada titik ekstrem.

Ingat, perkara ini bukanlah bersifat mutlak. Harga beralih dalam bentuk seakan-akan ombak dan ada kalanya harga akan beralih bersama majoriti.

Jadi, penting untuk anda menggunakan penanda lain juga, kerana penanda sentimen klien turut mempunyai batasan.

Batasan penanda sentimen klien

  • Batasan pertama adalah ia tidak memberitahu anda titik tepat pedagang telah membeli atau menjual
  • Atau masa mereka bakal menutup dagangan mereka.
  • Ia juga tidak memberitahu anda apabila nisbah antara pembeli dan penjual bakal berubah.
  • Penanda-penanda ini tidak memberitahu anda waktu terbaik untuk membeli atau menjual.
  • Selain itu, sentimen klien juga bukanlah gambaran lengkap bagi pasaran forex.

Satu-satunya perkara yang diberitahu oleh penanda ini adalah arah dagangan peserta pasaran lain dalam platform dagangan broker tersebut.

Jadi ia hanya berguna untuk membantu anda menentukan berat sebelah sehala.

Contoh menggunakan sentimen klien dalam dagangan

Mari perhatikan contoh berikut;

Pada halaman penanda sentimen klien di laman web TIO Markets, anda boleh melihat enam pasangan mata wang utama.

Penyebut sepunya antara pasangan mata wang ini adalah USD dan anda boleh melihat pasaran secara umumnya bersifat USD keberuangan. Hal ini bermakna kebanyakan peserta pasaran membeli mata wang asing dan menjual Dolar Amerika, buat masa ini.

Penanda sentimen klien memberitahu kita bahawa;

  • 86% daripada peserta pasaran membuka kedudukan panjang EURUSD ekstrem,
  • 86% daripada peserta pasaran membuka kedudukan panjang EURUSD ekstrem,
  • 87% daripada peserta pasaran membuka kedudukan panjang GBPUSD ekstrem,
  • 87% daripada peserta pasaran membuka kedudukan panjang GBPUSD ekstrem,
  • 93% daripada peserta pasaran membuka kedudukan panjang AUDUSD ekstrem,

Hal ini mencadangkan bahawa penting untuk anda mencari peluang pembelian dalam USD. Namun, memandangkan sentimen berikut berada pada paras ekstrem dalam kebanyakan pasangan mata wang, USD mungkin pilihan terbaik.

Satu-satunya pasangan mata wang di sini, yang sentimennya tidak berada pada paras ekstrem ialah USDCHF.

  • 57% daripada peserta pasaran membeli USDCHF.

Jadi, mungkin terdapat peluang untuk menjual walaupun isyaratnya tidak kelihatan cukup meyakinkan.

Mari kita beralih kepada carta dan memerhatikannya dengan lebih teliti.

Ini ialah carta bagi indeks Dolar Amerika, simbol pada platform dagangan ialah DXA. Indeks ini menjejaki kekuatan dan kelemahan Dolar Amerika berbanding mata wang asing.

Anda boleh melihat di sini bahawa Dolar Amerika telah bersifat kelembuan sejak Mei, harga telah mencapai tahap tinggi dan rendah yang lebih tinggi, manakala indeks berada pada paras yang tidak kurang tingginya.

Masih tiada maklumat yang mencukupi untuk mencadangkan bahawa USD akan membalikkan trend ini. Walau bagaimanapun, peralihan baru ini mungkin akan berakhir dan akan berada di atas buat sementara.

Dalam keadaan pasaran ini, pilihan terbaik adalah untuk menunggu pembetulan dilakukan. Kemudian, nilai semula penanda sentimen untuk membantu menyokong idea pembelian USD pada harga yang lebih baik.

Mari kita perhatikan carta USDCHF.

Tindakan harga kelihatan sedikit bercampur dan nampaknya tidak ada trend yang jelas. Harga kelihatan bagaikan terkandas dalam julat rangka masa yang lebih tinggi.

Walau bagaimanapun, harga ini mungkin melantun ke kawasan rintangan jangka pendek.

Sentimen klien kelihatan neutral di sini, jadi cubaan untuk membuka kedudukan pendek bagi pasangan mata wang ini bukanlah tindakan terbaik buat masa ini. Namun, bagi dagangan jangka pendek, mungkin terdapat beberapa peralihan ke bawah.

Ingat, kebanyakan peserta pasaran secara amnya bersifat USD keberuangan; mereka menjualnya terhadap mata wang utama lain.

Jadi, keadaan tidak begitu memberangsangkan untuk melaksanakan dagangan dalam pasangan mata wang utama buat masa ini. Dalam keadaan pasaran ini, tiada motivasi yang cukup kukuh ditemui untuk dagangan dilakukan.

Dalam hal ini, penanda sentimen klien boleh membantu untuk melindungi dan memelihara modal.

Ringkasan tentang penanda sentimen klien

Anda perlu menyiasat penanda ini dengan lebih mendalam, berlatih menggunakannya dan putuskannya jika ia sesuai diaplikasikan dalam strategi dagangan anda.

Anda tidak bersendirian jika anda mendapati diri anda sering berada dalam sisi pasaran yang merugikan. Malah, kebanyakan orang yang berdagang dalam pasaran kewangan kerugian wang. Dan kebanyakan daripada mereka memang tidak dapat memecahkan kitaran itu. Apa yang anda perlu fahami adalah pasaran berfungsi dalam cara tertentu.

Ia mengambil daripada golongan majoriti dan menguntungkan golongan minoriti.

Itulah cara ia berfungsi selama ini dan perkara ini mungkin tidak akan berubah. Namun, anda boleh menyesuaikan diri dengan cara pasaran dan menggunakan ramalan berdasarkan data untuk kepentingan anda.

Kebanyakan pedagang memilih untuk tidak mengikuti cara majoriti dan bertindak secara bertentangan.

Daftar dan berdagang dengan broker yang diyakini hari ini

Penafian risiko: CFD ialah instrumen yang kompleks dan disertakan dengan risiko tinggi untuk kerugian wang dengan cepat kerana leveraj. Anda perlu mempertimbangkan sama ada anda memahami cara C F D berfungsi dan sama ada anda mampu untuk mengambil risiko yang tinggi untuk kerugian wang anda. Jangan mendepositkan dana melebihi jumlah yang anda bersedia untuk kerugian. Kerugian pelanggan profesional boleh melebihi deposit mereka. Sila lihat dasar amaran risiko kami dan dapatkan nasihat profesional bebas jika anda tidak memahami dasar itu sepenuhnya. Maklumat ini tidak diarahkan atau ditujukan untuk pengedaran atau penggunaan oleh penduduk di negara/bidang kuasa tertentu, termasuk tetapi tidak terhad kepada USA & OPEC. Syarikat berhak mengubah senarai negara yang tersebut mengikut budi bicaranya.

Join us on social media

image-959fe1934afa64985bb67e820d8fc8930405af25-800x800-png
Chris Andreou

Experienced independent trader

24/7 Live Chat

undefined